Buat Duit di Internet Dengan Hobi Anda
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya teringat satu kata-kata hikmah dalam bahasa Inggeris yang berbunyi “In business your happiness must come before your profits“. Kebiasaanya jika seseorang gembira dengan perniagaan yang anda lakukan maka secara tidak langsung perniagaan anda tersebut akan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda. Walaupun anda menjual benda yang simple dan ramai orang ketawakan idea anda, namun jika anda lakukan dengan penuh minat maka anda tetap boleh berjaya.
Seperti yang dikatakan oleh ramai pakar motivasi, jika kita lakukan perkara yang kita minat dan cintai maka walau apa jua cabaran dan dugaan kita akan hadapi dengan tenang kerana tahap motivasi diri kita sentiasa maintain. Kita juga pasti lebih teruja jika melakukan perkara yang kita minat dan tanpa keterujaan dalam melakukan sesuatu anda pasti tidak mampu bertahan lama. Jika anda tidak enjoy menjalankan perniagaan anda, pecayalah bahawa lambat-laun perniagaan anda pasti akan lingkup.
Bercakap tentang perkara yang kita minat maka terlintas di fikiran saya ialah hobi. Saya percaya setiap orang yang membaca blog di Majalah IM ini pasti mempunyai hobi yang tersendiri dan pastinya hobi anda sangat unik
.
Tahukah Anda Hobi Boleh Menjana Wang?
Sudah ramai yang berjaya setelah menukarkan hobi kepada sesuatu yang menajana wang. Ini bermakna mereka melakukan perkara yang betul-betul mereka minat tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir yang kurang sihat seperti hendak menjadi kaya dalam masa yang singkat, duit yang banyak dijadikan sumber motivasi dan sebagainya.
Satu cerita yang teringat di fikiran saya pada saat ini ialah kisah mendiang Mohan Singh Oberoi iaitu pengasas hotel-hotel mewah Oberoi. Ketika ditanya mengenai apakah yang mendorong beliau menjadi pengusaha hotel paling ekslusif dan salah satu yang terbesar di dunia, Oberoi menyatakan telah menyatakan “Tujuan utama saya bukanlah untuk membuat duit. Tarikannya adalah untuk berfikir besar, sentiasa menawarkan yang terbaik dan biar ianya berlaku. Nama, kemasyhuran dan keuntungan akan datang dengan sendiri.“
Bagaimana Ingin Menjana Wang di Internet Dengan Hobi?
Baiklah, contohnya anda ni jenis yang sangat suka mononton movie dan ini memberikan kelebihan untuk anda menonton lebih banyak movie bagi setiap bulan. Selain itu, anda juga mempunyai pendapat tersendiri mengenai movie yang anda telah tengok sama ada filem tersebut bagus atau sebaliknya. Ini merupakan kelebihan yang sepatutnya anda gunakan untuk menjana wang
Apa yang boleh anda lakukan sekarang ialah buat blog tentang ulasan filem yang telah anda saksikan dan anda boleh letakkan pelbagai benda untuk menjana wang di blog anda tersebut seperti iklan, link affiliate, adsense dan sebagainya. Pada masa yang sama juga anda boleh kumpul list dan anda hantar newsletter tentang review movie terbaru kepada mereka. Dalam newsletter tersebut anda boleh juga selitkan link affiliate untuk membeli DVD terbaru tentang movie tersebut.
Contoh kedua ialah anda merupakan seorang peminat kelab bola sepak terkemuka iaitu Arsenal.
Anda boleh buat blog, website ataupun forum bagi mengulas tentang perlawanan yang berlangsung setiap minggu. Anda juga telah masukkan gambar-gambar dan video bagi setiap perlawanan. Saya pasti blog anda akan menjadi sangat menarik.
Seperti biasa di blog tersebut anda boleh letakkan iklan, link affiliate, adsense dan sebagainya. Setelah beberapa bulan anda sentiasa update blog anda, sudah tentu pelawat bagi blog anda semakin meningkat tinggi. Pada masa inilah anda boleh wujudkan satu kedai online bagi menjual jersey-jersey Arsenal, cenderamata Arsenal dan banyak lagi.
Baiklah saya berikan contoh ketiga agar anda lebih jelas dengan konsep buat duit di Internet. Andai kata anda ni seorang yang minat mengubah bunga. Sudah pasti tiap-tiap minggu banyak gubahan yang menarik dan menawan telah anda hasilkan.
Anda boleh menjual hasil gubahan anda tersebut di ebay luar negara. Orang asing biasanya sangat minat dengan benda-benda hiasan macam ni. Selain itu, anda juga boleh buat ebook ataupun video tutorial bagaimana untuk mengguba bunga untuk dijual kepada pengguna Internet. Saya pasti ramai kaum hawa diluar sana yang ingin belajar teknik gubahan yang cantik dan terkini.
Itulah tiga contoh simple yang dapat saya berikan kepada anda. Sebenarnya sangat banyak lagi cara untuk anda buat duit dengan hobi di Internet. Apa yang penting sekarang ialah anda belajar bagaimana ingin menjadikan segala idea yang diberikan oleh saya ini satu kenyataan. Apa lagi, jana wang di Internet dengan hobi anda sekarang!
Sehingga kita berjumpa lagi di lain hari.

Salam,
While some others keep questioning me, kenapa kerja dengan MajalahIM secara percuma?
So ini lah jawapannya : “In business your happiness must come before your profits“.
Saya gembira bekerja di dalam produksi ini. Bukan saja educate orang, but dapat pelajari banyak skill baru. Yang tak dapat sebelum ini
DM Love MajalahIM
ps : Siapa kata saya kerja? Im doing business lah . hehe .. ye ka Adly?
Salam Sejahtera semuanya,
Hobi merupakan sesuatu yang kita minat untuk dilakukan supaya masa lapang kita tak terbuang begitu sahaja.
Dengan hobi juga kita boleh jana pendapatan melalui internet. Saya mempunyai minat menternak kambing, secara tak langsung saya buat blog http://www.penternak.blogspot.com untuk berkongsi cerita penternakkan kambing saya.
Dari nasihat kawan baik saya Shuth, saya buat ebook ttg dunia ternakkan kambing…pada mulanya ramai rakan yang tertawa tapi selepas 4 bulan dilancarkan Alhamdulillah penjualannya mencecah 30 ke 40 buah sebulan…kira boleh tahan jugak.
Pada masa buat ebook http://www.rahsiakambing.com saya cuma nak kongsi dengan org yang mempunyai minat yang sama untuk menternak.
Apa yang kita buat jangan fikir akan dapat laba @ imbuhan dengan segera tapi kesabaran dan keseronokkan.
Sesiapa ada hobi mulakanlah berkongsi hobi anda melalui blog/website sekarang.
Ikhlas
FaridSulaiman.com
RahsiaKambing.com
RahsiaBlogger.com
Penternak.blogspot.com
[...] hari Isnin, adalah hari untuk saya sambung kerja-kerja MajalahIM, dan sambung baca buku Microsoft Secrets yang saya pinjam semalam. Syok buku tu nampaknya.. Feel [...]
Bercerita mengenai hobi, saya teringat kata-kata guru saya. Hobi yang menjadi karier saya kini adalah penulis. Apa kata tuan guru saya?
“Kenapa penulis tidak dapat hidup dengan menulis? Kerana mereka sibuk memikirkan menulis buku dan tidak merancang kejayaan buku.”
Saya kira formula ini dapat digunakan dalam mana-mana hobi yang dijadikan kerjaya sepenuh masa.
ZAMRI MOHAMAD
Penulis Buku di Malaysia
Salam !
Saya nak menulis ebook mengenai…
Alhamdulillah…terima kasih team…saya baru tersedar akan hobi saya..
Salam,
terima kasih IM kerana mencambahkan idea perniagaan, buat masa sekarang saya sedang mempelajari com.juction untuk menjadi affliate dan insyaallah selepas ini saya akan cuba buat ebook tentang tips-tips bagaimana hendak mempelajari Control electric circuit dan bagaimana hendak menduduki exam. competency wireman dan chargeman secara privite.. boleh ke agaknya .. tolong beri komen sedikit.
halim (b.tech)
Salam…
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana kak dapat banyak manafaat sejak join IM ni.
sebenarnya dah 6 tahun bergiat dalam biz internet, kat rumah jer.
kak pasarkan serunding daging, produk annusyrah, alternatif kanser..
tempahan xpernah putus sejak 6 tahun lalu… suami pun senang…IDEAL tahu utk suri rumah…anak membesar didepan mata, solat terpelihara, untung segera, xpyah nak simpan stok…RM selamat sebab semuanya online kat rumah..xla rushing setiap hari 9-5 ke pejabat
kak sedia membantu kepada yang minat.
ISTIMEWA : MOTIVASI PERCUMA UTK 100 EMEL PERTAMA….CEPATT!!!!
harap dapat memberi motivasi serta panduan untuk berjaya dalam bisnes internet
untuk orang baru seperti saya ni, ribuan terima kasih
saya nak mendapat motivasi percuma. tk
Sebab tu orang miskin bekerja kerana wang, tapi orang kaya bekerja kerana hobi/minat
mmg dgn hobi dan minat bole mendorong kpd kejayaan dlm apa jua bdang pun.. sy bina blog pun atas minat dgn photoshop
saya minat nak terbitkan buku tapi tak tahu caranya. apa benda yang boleh diterbitkan. ada sesiapa boleh bantu?
bantulah saya.. yang baru nak belajar ni..
ye hobi adalah salah satu kesukaan dalam hidup jika digunaan untuk biz internet mesti gempak contoh awak tahu cara penjagaan kucing jual je RM10 ebook dan ade 5 juta orang bela kucing nak dapat info nie 1% beli kira la berapa dapat…………
Ya..saya setuju dengan idea itu….dengan Hobi dan Minat ia benar-benar boleh buat duit di internet…sebab saya dah buat…alhamdulillah
ya memang benar melalui hobi boleh buat duit..hobi saya jalan-jalan..so saya bawa mat saleh bermata biru jalan2 dgn saya setiap hjg minggu.. jalan-jalan di melaka..dapat jalan dapat duit..tak gitu ?
betul tu bro. apa apa yang kita buat kena ada minat. tak boleh nak paksa diri buat sumting sbb duit.
yg contoh ttg arsenal tu buat aku minat plak ni. hehehhe. idea yang bernas bro. thanks dgn idea yang sangat memberansangkan.
syed akmal
blogging for fun, people & information.
Anak saya, baru 12 tahun dah berminat menulis blog. Dia minat dengan CHELSEA.. lalu saya ajar dia tulis pasal bola sepak. Ok jugaklah..
memnah mudah kit blog ni..jadikan biz sebagai hobi kita,bary bersantai jer kita berBIZ dan tidak ada tekanan…happy beb!!
sekali pandang ada rupa azwan ali….
110% setuju dengan tip yang Team Flarebiz berikan. satu topik yang menarik dan sering diutarakan dalam buku dan artikel juga iaitu ramai jutawan di dunia ini berjaya mengumpul kekayaan mereka melalui hobi dan minat mereka.
Jika kita buat apa yang diminati, ia tidak lagi dianggap kerja dan hasilnya adalah keluaran yang dibuat penuh dengan ketelitian dan cantik.
Syukur kepada ciptaan internet kerana ia menjadi medium yang paling sesuai mengembangkan jaringan perniagaan. orang yang tak pernah buat bisnes pun boleh berjaya.
Insyallah
Amir Azros
http://amirazros.blogspot.com/