Buat Duit Dengan Social Networking

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama tidak memberikan sebarang info kepada para pembaca blog Majalah IM ini. Kami semua sibuk dengan urusan-urusan lain yang lebih penting seperti persiapan pelancaran NiagaKit v2 beta. Alhamdulillah, saya rasa hari ini saya kembali seperti biasa setelah kesedihan luar biasa yang meyelubungi saya semenjak pemergian arwah. Saya tak mahu bersedih tetapi sering kali fikiran ini teringat detik-detik bersama arwah. Terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada semua rakan-rakan yang memberikan sokongan moral terhadap diri saya dan semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

Majalah IM Edisi 15 - Social Networking

Baiklah, setelah berbincang dengan Zhafran tengah hari tadi kami mengambil keputusan untuk melancarkan Majalah IM edisi ke-15 yang sepatutnya dilancarkan pada Julai lepas tetapi kami hold dulu sebab ingin melakukan pembaharuan di dalam Majalah IM ini sendiri. Pelancaran ini sebagai satu slot pengisian kosong setelah kami lama tidak berkongsi apa-apa bahan ilmiah dengan anda.

Majalah IM edisi ke-15 ini akan mengupas secara basic mengenai penggunaan social networking di dalam pemasaran Internet. Seperti yang kita semua tahu bahawa ia merupakan satu fenomena pemasaran alaf baru yang sangat berkesan. Nak tahu sejauh mana keberkesanannya, anda boleh membaca Majalah IM edisi kali ini kerana semua ada dibongkarkan.

Bukan itu sahaja, kami juga telah menemubual seorang usahawan Internet yang tidak asing lagi iaitu saudara Amirul Faisyal bagi mengupas sedikit sebanyak isu pada kali ini. Banyak soalan-soalan peribadi mengenai social networking diajukan kepada beliau dan sejauh mana penggunaan social networking oleh beliau yang bergelar usahawan Internet. Hurm, pasti ada sesuatu yang menarik bakal anda perolehi daripada temubual Kak Waida dan bro Amirul Faisyal. :)

Banyak lagi artikel-artikel menarik yang dapat diselitkan di dalam Majalah IM pada kali ini dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di dalam penghasilan Majalah IM pada kali ini khususnya buat para penulis dan krew Majalah IM.

Tunggu apa lagi? Klik link di bawah untuk download!

Download Majalah IM Edisi 15 PDF.

Download Majalah IM Audio Temubual.

Download Majalah IM PDF & Audio (Complete).

Sekian.

p.s: Next project ialah pelancaran NiagaKit v2 beta. Tunguuuu… :)

{ 41 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

41 Responses to “Buat Duit Dengan Social Networking”

  1. Firdaus says:

    Salam,

    Setelah yang ditunggu-tunggu, akhirnya muncul juga. Diharapkan anda tidak mudah jatuh dan tidak hilang fokus. Keep it up!

  2. ye social networking adalah medium yang hebat untuk buat di internet mengikut ranking alexa web terhebat di Malaysia adalah Facebook mengalahkan search engine yahoo dan google

    Ini menunjukkan potensi pengunjung dan trafik amat tinggi dan ianya amat penting untuk menarik pengunjung ke web biz kita

    Memang wajib seorang yang ingin menceburi bisnes internet menguasai social networking lebih lebih lagi facebook terhangat di pasaran

  3. hasbul says:

    pertama sekali,takziah buat adly
    nmpk design background edisi terbaru sgt menarik
    mesti isinya menarik jugak berdasarkan tahuk majalahim terbarunih
    x sbr nk baca:)
    papepun.tahniah kepada team flarebiz kerana meneruskan tradisi majalahim ini!

  4. Aqif says:

    Akhirnya majalah im yang terbaru dilancarkan. :)
    Tahniah Adly dan Zhafran! :)

  5. Mus says:

    Pasti akan didownload majalah ni.. tq~

  6. titan says:

    ok. nanti aku baca.

  7. donnyien says:

    wow!tq tak sabaq nak baca

  8. fadlihani says:

    salam.

    Takziah di atas pemergian ayahanda tercinta, semoga roh beliau dicucuri rahmat.
    Terima kasih di atas usaha tuan dan krew di dalam menyediakan informasi percuma untuk IM tempatan.
    Majalah ini menjadi sumber rujukan untuk cetakan terbaru (version 2) “internet marketing dengan Facebook, MySpace & Twitter.

  9. izam says:

    hihihi,,, depa interview Mirul ye bulan nih?…

  10. Nozi says:

    Salam,

    Terima Kasih kerana berjaya melancarkan Majalah IM edisi ke-15. Sekali imbas memang berwajah baru dan menarik. Tak sabar nak baca ni. :)

  11. erin says:

    tahniah kerana melancarkan nyer kembali.. sy baru download tadi..thanks

  12. Anarm says:

    sedang download.. terima kasih..

  13. Najib says:

    Dah lama menunggu kemunculan malajalh IM yg baru..Tahniah kpd Labanon dan Zhafran kerana berjaya menerbitkan majalah IM yg mmg byk memberi info ni.. Ttg pemergian ayah Labanon harap dpt menghadapi dgn tabah kerana saya pun pernah mengalami perkara itu, cuma saya mengalami sewaktu usia saya baru 11 thn lagi.. Apa yg kita boleh buat sbg anak ialah mendoakan dia setiap kali selepas solat

  14. Julius says:

    Tahniah! Dan mmg ditunggu – tunggu kehadiran MIM ini…

  15. iezat says:

    hahahha..mmg best dpt berkongsi2 idea nie..sharing is caring gituwwww

  16. liza says:

    tahniah. majalah ini banyak membantu saya mendapatkan pengetahuan mengenai dunia perniagaan internet. Takziah diatas pemergian ayah labanon.
    wasalam

  17. MY says:

    Takziah dengan berita sedih Labanon dan tahniah buat semua krew Majalah IM yang bertungkus lumus menyebarkan maklumat berguna untuk menjana minda usahawan di Malaysia.

  18. ardeo says:

    Saudara adly,
    Salam takziah dan al-fatihah untuk roh arwah.
    Teruskan perkongsian ilmu ni. Mudah-mudahan semakin meriah kita di persada IM Malaysia.

    Terimakasih.

  19. Bard says:

    Bersyukur ke hadrat illahi atas penerbitan Majalah IM ke 15 ini..

    Spt mana menurut prinsip asas kejayaan Napoleon Hill.. salah satunya ialah Penyatuan Minda serta Kerjasama dan tidak lupa juga Keghairahan dalam melakukan apa yang kita buat sekarang memudahkan lagi usaha untuk menjadi lebih berjaya dan cemerlang..

    Semoga mendapat manafaat utk kita semua hasil usaha anda berdua.

    Salam kejayaan.

  20. XploR says:

    Tq team Flarebiz. Dah lame nk tanya. Knpa domain Flarebiz dah redirect ke majalahim yer? Cari pngumuman kt blog ni xde pun. Apekah sbb konkrit team Flarebiz menutup blog tersebut? :P

    • Adly a.k.a Labanon says:

      Salah satu sebab ialah niche yang sama… so better kami merge sahaja jadi satu blog. Senang nak fokus dan nak manage. Sudah pasti hasil pun umph nanti. ;) Terima kasih di atas sokongan.

  21. Globaldomain says:

    Lama tunggu, baru kuar…ha..ha…

    Untuk pengetahuan saudara, saya pernah pergi ke ofis saudara masa free preview team excel…

    apa-apa pun majalah IM ni memang ditunggu2 oleh semua IM di Malaysia

  22. misszai says:

    Takziah Labanon.. n tahniah di atas pelancaran majalah IM…

  23. Kobot says:

    Dah lama saya tunggu2 keluaran terbaru majalah IM ni, akhirnya keluar juga. Thanks boss..

  24. Hantu says:

    Barang baik ni, rugi gila kalu xdownload
    Infonya jauh lebih baik dari sesetengah ebook yang dijual dipasaran

  25. yamaguchi says:

    x rugi la beli produk dri Labanon ni…mesti ada je benda yang nk dieorang kongsikan…Tahniah…tentang produk adsense anda…

  26. Fazli says:

    kenapa ada ‘beta’ pada niagakit v2 nnt? belum complete ke?

    • Adly a.k.a Labanon says:

      Apa-apa software ataupun sistem yang dibangunkan pastinya akan ada fasa beta dimana proses nak mengesan error ataupun bug bagi sesuatu sistem. :)

  27. Fazli says:

    lupe saya nak ucapkan takziah pada saudara labanon. semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang soleh.

  28. lisa says:

    majalah IM best!

    iklas dr blog,

    http://www.mydailyhot.co.cc

  29. aku tak sangka la..bisnes internet ni mmg best giler..Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah yang telah memberi rezeki income dari internet yg aku dh dapat cukup berbaloi2..Alhamdulillah..Aku mula dari tahun lepas lagi..ikut jejak para usahawan internet,dan sekarang aku akn bakal melangkah lebih kehadapan bersama mereka..
    TQ semua para internet marketer..

  30. Hamdy says:

    Salam, sejak pertama hingga ke 15 ilmu yang diberi telah membuka hati niii nak tahu dengan lebih mendalam perniagaan internet, beli ebook, buku di mph, percuma dan macam2 lagi, akhirnya aku ada web sendiri, jual ebook lesen reseller, dan ebook sendiri. nak masuk 3 tahun pendapatan tak banyak lebih kurang $3k++, tak pe ni permulaan. Dalam perniagaan tiada perkataan terlambat walaupun umur nak masuk 40. Taniah bagi majalah (e-majalah) FREE

  31. sah90 says:

    bagus la e-book korang..
    Teruskan kluarkan majalah im seterusnya..
    Jgn separuh jalan je..
    :)

    P/s: Macam2 dah saya pelajari dari majalah korang..
    Best..(^_^)

  32. abrablog says:

    semoga majalahim akan terus bertahan selama yang mungkin.

  33. sah90 says:

    Bagus lak tajuk kali ni.
    Best baca..:)
    Macam2 diceritakan,
    macam2 gak saya faham..
    Tq for ur free ebook (^_^)

  34. Janganlah hendaknya usaha yang murni ini mengalami masalah dan halangan besar.
    Didoakan majalah ini terus bertahan dan menabur bakti..

  35. fid says:

    wahhh… kne baca nih… xleh di lepas kn.. sedut… sedut….

  36. yati says:

    macam best sesangat..blm beli product dari flarebiz..ttp akan beli n jana pendapatan darinya..insha Allah..majalah im ni pasti akan d download dr mula hingga akhir..thanx bro.

  37. pedagangIT says:

    nampak menarik !
    memang facebook antara projek yang menarik untuk di explore..

    kini saya telah siap membangunkan 2 application

    http://apps.facebook.com/albumshila ( projek mempromosikan album shila oiam )

    http://apps.facebook.com/twitterkebabom/

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)