Jom Buat Duit Dengan Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya ramai di antara kita sudah mengetahui apakah itu blog. Namun, tidak cukup sekadar tahu tetapi anda perlu mengambil langkah drastik untuk mencuba sendiri bagaimana perasaanya memiliki blog sendiri. Ya, bina blog anda sekarang sama ada percuma ata berbayar sebelum anda terus membaca post pada kali ini.

Tajuk post ini sudah tentu mampu menarik minat anda untuk membacanya. Namun, sebelum itu saya ingin bertanya kepada anda semua apakah tujuan blog diwujudkan? Bagi saya blog ini diwujudkan untuk satu medium perkongsian ilmu seperti berita terkini, tip, kisah peribadi dan sebagainya. Ya, cuba anda lihat berjuta-juta blog yang wujudnya di Internet ini adalah dengan satu tujuan iaitu perkongsian ilmu.

Nawaitu Anda Membina Blog

Jadi agak tidak kena jika anda membina blog adalah untuk menjana wang. Soal menjana wang melalui blog sebenarnya sudah menjadi soal no 2 tetapi perkara yang paling utama adalah nawaitu anda membuat sesuatu blog tersebut. Saya sudah lihat ramai yang rebah tersungkur dan terus berputus asa untuk menjana duit melalui blog kerana niat mereka untuk membina blog adalah silap.

Cuba anda bina 2 blog untuk tujuan ujikaji. Satu blog anda cipta untuk menjana wang dengan mengetengahkan perkara-perkara yang anda sendiri tidak mengetahuinya dan satu lagi anda cipta blog berlandaskan minat anda. Selepas tempoh sebulan, blog manakah yang masih aktif dan terus bernyawa?

Saya bukanlah seorang Pro Blogger ataupun blogger yang sangat berjaya untuk bercakap lebih lanjut mengenai topik ini. Namun, saya bercakap mengenai pengalaman saya yang pernah membina berpuluh-puluh blog dan akhirnya kebanyakkan blog-blog tersebut tidak bernyawa.

Baiklah bagi saya jika anda ingin betul-betul menajana wang melalui blog, pastikan anda membina blog berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan minat anda. Percayalah tanpa pengalaman, pengetahuan dan minat maka motivasi untuk anda terus menghidupkan blog anda akan terus padam.

Ini Pengalaman Saya

Seperti yang anda tahu, saya pernah membina berpuluh-puluh blog dan hanya beberapa sahaja yang memberikan kepuasan kepada saya. Baiklah, pada hari ini saya akan berkongsi hasil daripada pengelaman saya membina blog.

Pada mulanya saya sangat teruja membina blog untuk menjana wang. Ini kerana saya sangat teruja melihat blogger-blogger lain menajana sehingga puluhan ribu ringgit sebulan daripada blog. Tanpa membuang masa saya terus membina beberapa blog dengan niat untuk menjana wang.

Pada mulanya semua berjalan lancar dan blog berjaya dibina dengan jayanya. Saya terus berblogging dan setelah beberapa minggu berlalu. Motivasi saya terus jatuh, fokus terus hilang kerana saya tidak mendapat satu sen pun daripada blog-blog tersebut. Oleh kerana sebab utama saya buat blog adalah kerana wang, maka saya terus bosan dan berputus asa untuk meneruskan blog tersebut.

Lihatlah statistic salah satu dari blog saya:

Bagaimana blog saya ingin menjana wang jika pelawat hanya sekadar 2000 sebulan? Bagaimana? Oleh itu, saya terus membiarkan blog saya tersebut sepi dan akhirnya domain yang dibeli expired.

Setelah lama mengkaji, barulah saya tahu kebanyakkan mereka yang menjadi blogger yang berjaya adalah dengan membina blog berdasarkan minat, pengetahuan dan pengalaman mereka. Tanpa membuang masa saya telah membina blog berlandaskan ciri-ciri tersebut. Hasilnya masih belum seperti yang di inginkan, namun ada nampak hasilnya dimana motivasi saya bertahan sehingga berbulan-bulan lamanya untuk terus menghidupkan blog tersebut. Namun, masih sama… blog saya tersebut masih gagal.

Anda Perlu Belajar Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Blogger Berjaya

Barulah saya tahu, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya anda juga perlu mengusai ilmu untuk menjadi seorang blogger. Anda perlu belajar apa itu SEO, marketing, Google Trends, Google Alert dan sebagainya. Setelah saya berlaja sedikit demi sedikit mengenai perkara berikut, maka saya telah menggabungkan dua element penting untuk membina blog iaitu minat dan ilmu seorang blogger.

Alhamdulillah hasilnya biasa sahaja namun sudah cukup untuk memuaskan diri saya. Lihat statistik:

Kini target saya ialah untuk mencapai jumlah pelawat 100 ribu sebulan. Masih banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menjadi seorang blogger. Namun, apa yang saya tahu sekarang untuk anda membina blog yang berjaya anda perlulah ubah mindset anda. Ingat anda bukan buat blog untuk mendapat duit tetapi untuk berkongsi ilmu yang berguna. Jika itu matlamat anda, pasti lambat-laun anda akan berjaya menjana wang melalui blog.

Terlalu banyak untuk kita bincangkan mengenai topik ini. Mungkin jika terdapat permintaan, saya akan menulis lagi mengenai topik ini pada masa akan datang.

Sekian.

p/s: Anda juga boleh membaca post menarik daripada blogger tempatan yang cool iaitu Mohd Ismail di sini dan di sini.

{ 36 Komen }

Mengenai Penulis : Adly a.k.a Labanon

Hai, saya merupakan salah seorang pengasas FlareBiz Network dan juga Majalah IM. Saya mempunyai seorang teman wanita bernama Internet dan dia seperti udara yang perlu sentiasa ada untuk saya terus bernafas. Sebab godaan dia jugalah saya berhenti belajar di Universiti dan menjalankan perniagaan Internet sepenuh masa. I love you sayang!

36 Responses to “Jom Buat Duit Dengan Blog”

  1. Nabieel says:

    Saya lihat dalam apa jua perniagaan, tidak kiralah sama ada online ataupun offline. Sesiapa yang banyak memberi input atau menolong seseorang. Ia akan mudah membuat duit dengan bisnes yang di ceburi.

  2. Zairi Zaidi says:

    Betul tu Nabieel.

    Selain dapat duit blog juga boleh meningkatkan kredibiliti kita.
    Orang akan lebih suka dan cuba mendekati kita.
    Macam Bro Adly tu…

  3. menulis blog says:

    Membina kredibiliti, menambah ilmu dan berani mencuba ….. dan kesungguhan antara aksesori untuk berjaya.

  4. Kerul says:

    Blogging bukan atas dasar duit, tapi atas dasar minat. Betul. Kalau daripada minat boleh jana duit, betul jugak.

    Saya tumpang gembira dengan sorang kawan blog kiter, BigBoysOven, yang menggunakan blog sebagai platform untuk memasarkan business/produk mereka. Selain dapat berkongsi pengalaman bagaimana memasak dengan baik, mereka juga dapat menggunakan blog untuk membina peminat/follower. Secara tak langsung membina empayar sendiri.

    Juga kepada Ustaz Nasrizal (saifulislam.com), yang telah membina jaringan follower beliau daripada blog tersebut. Kesannya apabila beliau mengeluarkan buku (hasil kompilasi artikel dalam blog beliau sendiri), walaupun belum sampai setahun buku tersebut dipasaran, sekarang ni dah cetakan ke 6. Buku tersebut berjudul Aku Terima Nikahnya…

  5. afiq says:

    hiii tuan2 dan puan2 semua.

    jika anda semua adalah orang yang pentingkan kesihatan diri anda sila layari web site ini….

    http://newimagealpahalipid.wordpress.com/

    EN FAIZAL : 019 – 240 3576

    lengkap dan murah…

    thank

    by afiq

  6. afiq says:

    hiii semua.

    jika anda semua adalah orang yang pentingkan kesihatan diri anda sila layari web site ini….

    http://newimagealpahalipid.wordpress.com/

    EN FAIZAL : 019 – 240 3576

    lengkap dan murah…

    thank

    by afiq

  7. Aleem says:

    Saya amat bersetuju dengan apa yang disampaikan. Berniat untuk menjana wang dengan blog tidak salah, namun apabila ianya tidak memberi pulangan atau impak pada masa yang berdekatan, mereka akan berputus asa. Inilah psikologi asas. Jadi, ketepikan monetization dahulu dan fokus pada content.

    eBookSentral.com – Online Resource For eBooks

  8. titan says:

    aku rasa. duit still no.1. Tak dapat nak disangkalkan. CUma cara kita buat duit itu dalam lingkungan yang berbeza bagi setiap orang. Kita kene lebih kreatif dan tak mudah putus asa.

    Jika mudah putus asa. Niatlah apa sekalipun. Takkan jadi punya. JIka betul bukan kerana duit. Semua duit yg korang dapat tu, apa kata sedekahkan aje kat masjid. Niat asal, memang kerana duit. Itu kita tak leh nafikan. Tapi cara kita buat duit tu mesti kreatif dan bukan dari 1 cara sahaja.

  9. Salam alaukum wbt

    Sebagai newbie, saya menulis blog bagi tujuan mendedahkan teknik penulisan untuk majalah dan buku. Setakat ini saya masih belum mencuba Adsense, sekadar nuffnang sahaja sebagai eksperimen.

    Fokus utama saya lebih kepada skil penulisan dan paparan kepada bengkel penulisan saya adakan.

    Apabila lebih berfokus, maka lebih mudah orang mengikutinya.

    Pengalamana peribadi saya mendapati klien-klien yang menjemput untuk bengkel penulisan berkata ia berpunca daripada blog.

    Blog menjana duit secara online dan offline

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku Sepenuh Masa di Malaysia
    http://www.zamrimohamad.com

  10. Pembaca IM says:

    Ternganga saya melihat hits saudara berkembang dan beranak pinak sebegitu rupa. Teruskan berusaha! :)

  11. Richie says:

    hehe..aku tahu siapa punya blog ni :P

  12. lakibini says:

    Salam,
    memang betul bukan mudah untuk menjadikan bLOG kita masyur jika niat nawaitu kita salah.. ape pun yg paling penting kena istiqamah..

    Kisah Lakibini,
    http://www.lakibini.com

  13. saya setuju dengan anda. saya pun sebenarnya belajar dari kesilapan (try dan error). selepas beli 2 domain (entah tak tahu nama silap, saya set kan entah apa2 (sebab tak tahu) sampaikan boleh nak buka)

    saya mula sedar, saya mula dapatkan kisah dalam kehidupan hari ini…. jika anda tak percaya, kalau anda semua lihat di Search: goggle. anda akan dapati, laman blog saya berada di ranking PERTAMA…..dan di Search: Yahoo. anda akan lihat saya berada di tempat ke 6. Kedua2nya dalam muka pertama.

    dalam 4 bulan lebih dah hampir 16,254 hits singgah ke blog saya….

    orang2 diluar sana sukakan cerita2 sensasi dan terbaru dari pengalaman anda dan review (sedikit)

  14. usri says:

    Saya setuju dengan artikel ini. Jika kita buat blog semata2 untuk wang, blog kita tak akan bertahan lama. Jika dlm sebulan wang tidak masuk, kita akan frust dan kecewa, akhirnya blog dah tak diupdate dan terbiar buat selama2nya.

  15. Bukan begitu caranya encik sekoman. Setakat 1 post pastu promote macam nih x kemananya. Sorry to say this. yang penting kualiti dan isi. :)

  16. firadila says:

    Assalammualaikum dan salam ceria…….

    Dah lama firadila mencari mendium untuk mencurahkan segala ilmu di dada ini sampailah bila berjumpa apa itu blog. Kepuasan apabila berkongsi ilmu ini boleh buat firadila senyum setiap hari…

    Senyum dan ceria selalu….

    http://firadilamotivasi.blogspot.com

  17. zool says:

    Betulla apa yang diberitau..
    Kena tulis apa yang kita minat…
    Baru kita berjaya..
    Walaupun blog saya masih kecil visitornya namun ada sedikit peningkatan kerana saya tulis apa yang saya buat..
    Sapa nak kongsi pasal cacing boleh datang blog saya

    http://www.ligakampung.com/blog

  18. yusri says:

    tolong ajar saya macam mana nak buat blog macam ni…tq

  19. yusri says:

    tolong komen blog saya…hehehe..baru nak cuba..tak reti pun

    http://www.yusrifizik.blogspot.com

  20. yusri says:

    hai saya lagi…susah jugak buat blog nie yee

  21. yusri says:

    tolong…macamana nak bagi orang komen blog kita…dan ada gambar kita bila komen..macam blog nie lah. tapi saya buat tak keluar gambar pun…nasib-nasib..

  22. penie says:

    salam… sape2 nak buat laman web selain blog.. paling mudah..
    http://www.wildspace.myportal.my ada satu cerita menarik.

  23. Moneyowner says:

    Salam semua,

    Blockquote

    Pada pendapat saya fungsi dan tujuan blog adalah bergantung kepada matlamat seseorang itu dan ianya cenderung kepada kemahiran masing-masing. Pada saya blog yang kecundang adalah blog yang tiada matlamat, yang tidak tentu hala dan akhirnya menyebabkan seseorang blogger itu berputus asa. Fokus kepada apa kehendak pembaca atau pelawat adalah yang paling utama.

    Blockquote

    Minat dan duit adalah sebagai pemangkin. Blogger seharusnya mempunyai sifat keinginan yang tinggi dan berterusan untuk menghasilkan blog yang terbaik dan memenuhi kehendak pembaca.

    Blockquote

    Blog perlu menyerlah,
    supaya sentiasa hidup,
    Blog ibarat majalah,
    Ilmu panduan hidup.

    Blockquote

    Blog ramai peminat,
    Beri komen sampai berdengkur,
    Keinginan disokong oleh minat,
    Duit dapat kita bersyukur.

    Blockquote

    Jumpa lagi. Wassalam.

    “Minda luar biasa adalah minda jutawan”

  24. rasta says:

    bagus keterangan anda tp nak lagi, blehh ??

    dari

    rasta

    http://funny-commercial-world.blogspot.com

  25. azmi says:

    Tahniah. Saya rasa Majalah IM lebih bagus dibuat dalam bentuk ini daripada bentuk pdf dan lain2. lebih senang. saya pun ada majalah sendiri. sila tunjuk ajar macaman nak dapatkan lebih duit. TQ

  26. Kisah awk macam kisah saya je, cuma sy tengah cari jodoh saya.
    Harap harap pada tahun baru ni saya akan dapat …
    hari ini saya bertekad nak dapat juga..
    macam macam niche saya buat tapi tak jodoh juga.
    doakan saya berjaya ye

  27. fareast says:

    Minat itu yang menentukan. Itu yang penting, bukan keuntungan.

  28. nor hisham says:

    bagaimanakah untuk menambah tarikan pada blog yang kita buat supaya ramai pengunjung?

  29. limaumaniss says:

    amboi..nk prmo jugak….sila la layari http://www.i-teacher.com.my….utk maklumat lanjut hubungi saya…hehehe

  30. broSKL says:

    asal ramai pulak yg pomot blog kt sini ek..ni x d anggap spam ke adly.. ? sy buat blog http://broskl.com sbb minat design

  31. sah90 says:

    ye lah.
    betul tu..
    kena pastikan niat ni betul..:)

  32. syahsuke says:

    Blog memang sesuai untuk perniagaan internet…sy pun sedang cuba2 untuk buat blog..nak buat untuk bussness dan juga berkongsi ilmu dengan orang ramai kat dunia cyber nie..Blog pertama dah siap tapi simple je hehe,.belum pro sgt..blOg tentang INFO HYPRO

  33. aizuddin says:

    blog kerana minat..kalau tak minat tak leh jugak..kemahiran dan skil sangat penting nak tarik visitor..

  34. mohamad says:

    Ramai orang memberi comment tentang cara yang betul nak blogging macam buat base on knowledge sendiri dan sebagainya…then baru ada followers …then start create income…

    Tapi kalau ada orang yang tak berbakat macam saya….macam mana

    Saya ada satu blog yang di buat fully automized…SEO..content update…dan macam2 lagi dengan menggunakan wordpress plug in….adakah boleh success…minta comment orang ramai dan expert tentang blog saya…..blog saya nie di cipta untuk bekerja sendiri dan jana pendapatan….mungkin ada exper di luar sana boleh kongsi bersama sahabat2 lain di sini

    blog saya http://fitnesstrainingguide.org/

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)