Berapakah Harga Yang Sesuai?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat walaupun kami di sini sekarang terlalu sibuk untuk menyiapkan beberapa perkara berkaitan NiagaKit v2. Baiklah, salah satu soalan yang saya kerap terima daripada orang-orang baru yang ingin menjual produk mereka di Internet ialah “berapakah harga yang sesuai bagi sesuatu produk?“.
Saya pun menjadi agak serba salah nak menjawab soalan tersebut kerana ia adalah terlalu subjektif. Namun, satu tip yang sering dikongsikan dalam buku-buku tulisan jutawan terkenal ialah kalau nak jadi kaya, kita perlu menjual produk yang mempunyai profit margin yang tinggi.
Bunyinya cukup kejam bukan? Tetapi itulah realiti yang menzahirkan mereka menjadi jutawan pada hari ini.
Namun pada entry pada kali ini, saya bukanlah nak mengupas teknik menjadi kaya dengan meletakkan harga produk tetapi cuba menyuarakan pendapat saya yang tidak seberapa ini mengenai bagaimana konsep hendak meltakkan harga bagi sesuatu produk. Saya yakin dan cukup pasti bahawa ramai yang takut-takut dan ragu-ragu untuk meletakkan harga produk kerana risau dengan banyak perkara. Paling melucukan ialah 80% daripada perkara yang merisaukan tersebut tidak perlu dirisaukan pun!
Satu tip yang saya pegang sampai ke saat ini mengenai konsep untuk meletakkan harga bagi sesuatu produk ataupun servis ialah jangan berfikiran seperti seorang freelancer. Tip ini juga sebenarnya dikongsikan oleh seorang jutawan kepada saya dan saya berbesar hati untuk berkongsi tip ini dengan anda semua. Oh, sungguh berbaloi bukan anda membaca entry ini?
Beliau kongsikan pengalaman bagaimana beliau meletakkan harga bagi sesuatu projek dengan mengira secara detail segala perbelanjaan yang perlu ditanggung sepanjang untuk menyiapkan projek dan juga sepanjang pelanggan menggunkan produk/servis. Sebab itulah syarikat beliau sentiasa meletakkan harga yang tinggi berbanding syarikat-syartikat lain tetapi hasilnya ialah semua pelanggan sangat berpuas hati setelah mendapatkan produk/servis syarikat beliau. Peluang untuk mendapat “pelanggan berulang” adalah sangat tinggi!
Saya dahulu pun berfikiran seperti seorang freelancer dimana saya meletakkan harga yang terlalu murah dengan harapan orang ramai akan membeli produk saya ataupun mendapatkan servis saya. Tetapi saya tidak fikir apakah kesan jangka panjang yang perlu saya hadapi. Sebgai seorang usahawan, kita tidak boleh berfikir begitu kerana kita perlu mengambil kira dari segenap segi iaitu bayaran gaji pekerja, masa yang kita terpaksa luangkan untuk pelanggan, masa yang kita luangkan untuk siapkan produk tersebut dan sebagainya.
Sebab itulah ada yang menawarkan servis membina laman web yang canggih dengan bayaran hanya RM500 sahaja tetapi setelah 2-3 bulan lesap entah kemana. Ini kerana bagi mereka pada saat itu RM500 adalah sangat banyak tetapi mereka tidak sangka bahawa rupanya mereka terpaksa meluangkan masa yang lama untuk sesetengah pelanggan dan akhirnya RM500 itu sangatlah tidak berbaloi. Mereka meletakkan harga dengan tidak berfikir panjang dan hasilnya lama-kelamaan mereka akan memusnahkan pasaran. Seperti mana ramai freelancer dari India yang merosakkan pasaran rekabentuk di dunia!
Berbincang mengenai harga pula, sebenarnya saya mempunyai banyak pengalaman yang menarik. Dulu kami pernah caj harga bagi satu sesi personal coaching RM500 dan ketika itu kami masih belum mempunyai minda sebagai seorang usahawan. Akibatnya, kami rasa tertekan dan tidak berbaloi untuk memberi sokongan kepada student kerana bayaran yang diberikan rupanya sangat tidak setimpal. Pada ketika itu ramai orang mengatakan sesi personal coaching kami sangat mahal.
Tetapi saya terfikir, kenapa seorang usahawan Internet di luar negara boleh letak harga personal coaching sehingga $50k? Steady jer mamat tu letak harga yang tinggi-tinggi! Setelah saya faham mengenai konsep meletakkan harga ini, barulah saya mula meletakkan harga personal coaching saya dengan harga yang setimpal iaitu sekitar RM3000 sehingga RM5000. Ramai juga yang mengatakan bawah sesi personal coaching saya mahal tetapi saya lebih bermotivasi untuk membantu mereka dan akhirnya hasil yang diperolehi oleh student juga terlebih berbaloi! Oh ya, kini semakin ramai yang berminat sehinggakan saya terpaksa menolak permintaan personal coaching.
Anda boleh lihat kesannya? Berdasarkan pengalaman saya juga walaupun anda letakkan harga RM5000 bagi produk anda, tetap akan ada orang akan beli. Malah mungkin lebih ramai! Jadi usahlah terlalu takut untuk meletakkan harga yang berpatutan dengan apa yang anda tawarkan kerana target market adalah berbeza-beza. Orang sekarang, RM10 kata mahal tetapi nak belanja RM100 cukup mudah!

Setelah saya naikkan harga Niagakit v2 kepada RM799 (akan datang RM999), nampaknya saya dapat lebih ramai pelanggan sebab saya boleh guna duit tersebut untuk melabur balik di dalam perniagaan dengan melakukan pemasaran, bayar komisyen yang tinggi kepada agen, dapat mencari support staff yang lebih ramai dan sebagainya. Perkara ini semua akhirnya memberikan pulangan yang menguntungkan kepada pelanggan dan kita sebagai usahawan juga.
Dan alhamdulillah strategi ini membuatkan para pelanggan kami berpuas hati. Taraaa:
Saya sangat berpuas hati sepanjang menggunakan sistem Niagakit. Sistem ini terlalu mudah untuk digunakan. Bantuan yang diberikan oleh team support mereka juga sangat bagus dan mereka menjawab segala soalan saya dengan pantas. Paling penting kedai online saya nampak kemas dan profesional! – Siti Jamilah
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Sekian.

Saya amat setuju dengan pendapat Adly mengenai perbincangan harga yang sesuai untuk produk / perkhidmatan anda. (Dimana Adly ada menerangkan kepada saya secara peribadi).
Apabila kita ingin meletakkan harga, pastikan nilai yang ditawarkan itu dapat menaikkan motivasi kita untuk membantu mereka yang ingin memiliki produk / perkhidmatan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.
Contoh:
Walaupun sesi personal coaching dengan Adly dalam lingkungan RM3k – RM5k, tetapi saya yakin anda akan peroleh hasil yang memberasangkan berdasarkan nasihat, tips dan perkongsian yang diberikan berdasarkan pengalaman pahit manis beliau dalam dunia perniagaan internet.
Siapa kata harga yang mahal adalah kejam? Pernahkah kita terfikir usaha mereka dalam mendidik bangsa untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membawa kita semua untuk berada ke tahap yang lebih baik?
Salam kejayaan!
- Aqif
Best entry ni.. Teringat masa mula-mula melancarakn produk digital pertama saya dahulu, sebelum meletakkan harga, saya buat survey harga di clickbank, mostly harga produk yg niche sama, semuanya $40 ke atas, mahal juga ya.. Ada juga yang mencecah $97!
Justeru, akhirnya saya tetapkan harga RM50 bagi produk tersebut.
Ingatkan, boleh laku ke? Sb masa tu org masih tidak familiar dgn nama rahmanbasri
Tapi bila dapat first sale, rasa teruja juga.. pembeli juga memberikan feedback yg positif..
Nampaknya harga tersebut juga adalah harga yang sangat berbaloi dengan usaha yg diberikan utk menghasilkan produk tsbt.
“strategi harga” memang sangat penting.Teringat saya kepada pembacaan buku RJJIT mengenai kisah harga gelang yang cantik tetapi tidak terjual pada harga murah.Sehingga ,apabila pembantu kedai tersebut telah tersalah letak harga pada harga yang mahal setanding dengan “kecantikkannya”..Maka,terus gelang itu terjual sehingga memeranjatkan tokey kedai tersebut.
harga yang mahal adalah kejam?Bagi saya persoalan ini paling menarik. Ebook buat duit online semua boleh cari, tp teknik sendiri tu lah yang mahalnya
kene check balik berapa fee untuk personal coaching
Salam.
Harga barang adalah personaliti barangan itu sendiri.Kita sedia maklum barangan berjenama memang mahal berbanding barangan tak berjenama.Tidak hairan lah harga yang tinggi melambangkan status kualiti barangan.Oleh itu harga personal coaching yang mahal adalah setimpal dan berbaloi dengan perkhidmatan yang di beri.
Sebelum ini AJ lebih follow pada perbandingan harga servis dari competitors dan menilai untuk harga produk sendiri. Kena ikut pasaran dan pesaing meletakkan harga.
Apa-apaun Artikel ini memberi banyak idea2x baru pada AJ.
Ya, pasal harga ini perlu dikaji secara lebih teliti.
mengkaji adalah lebih baik untuk menentukan harga sesuatu produk..perkara yang perlu di ambil kira adalah adalah kualiti dan services.Sekiranya kita secara membuta tuli meletakkan harga,saya yakin produk kita sukar untuk mendapat perhatian..
p/s : perkongsian dari “newbie”
dari dulu aku dah kata, letak harga biar tinggi sikit. Biarlah apa orang nak kata. Hujung cerita nanti, depa akan cari kita. Cuma kita kena yakin dan hasilkan perkhidmatan yang bermutu. Kalau cincai aje. Sapelah nak cari kita..
freelancer dr india memang buat kacau. Nak buat macam mana, kat DP tu, diorang sapu semua..
Harga tinggi tidak semesti menghalang pelanggan………..
http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz