Bengkel Minisite Sesi Pertama Selesai!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari Sabtu lepas pihak Majalah IM telah menganjurkan satu bengkel membina web jualan khas bagi pembaca-pembaca Majalah IM. Bengkel ini disertai oleh 21 orang peserta dan 7 orang Majalah IM krew yang membantu melancarkan bengkel pada hari tersebut. Paling menarik, ada juga peserta daripada luar negara yang datang daripada Brunei.

Malah, peserta kali ini juga bukan sahaja terdiri daripada golongan belia malah ada juga yang sudah bergelar datuk datang pada bengkel minisite ini. Paling mengejutkan, datuk ini sangat cepat belajar dan telah berjaya membina web jualan beliau sendiri! Saya begitu kagum dan sangat bangga dengan atok ini kerana mampu belajar membina web jualan dengna baik. Saya rasa sikap inilah yang patut dicontohi oleh golongan muda pada hari ini.
Alhamdulillah bengkel pada hari tersebut berjalan lancar walaupun pada mulanya pihak kami menghadapi masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan ketika mengendalikan slot mengupload web jualan ke hosting. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta-peserta bengkel kerana memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak kami.
Mungkin beberapa gambar berikut dapat memberikan 1001 gambaran sepanjang bengkel tersebut berlangsung:










Bagaimana dengan gambar-gambar di atas? Saya rasa anda juga dapat sama-sama merasai kehangatannya! Memang sangat seronok sepanjang bengkel ini berlangsung dan kami juga sempat merakam beberapa pesanan peserta bengkel untuk anda! Cuba lihat:
Alhamdulillah syukur sekali lagi kepada yang Maha Esa kerana semuanya berjalan lancar dan bengkel ini habis kira-kira hampir pukul 7 malam. Jika anda juga berminat, maka anda boleh sertai bengkel minisite yang akan diadakan pada 2/5/2009 ini di tempat yang sama.
Klik di sini untuk keterangan lanjut atau hubungi Encik Idris di talian 0193357794 untuk sebarang pertanyaan mengenai bengkel ini.
sekian.
p/s: Fuh, seronok betul bersama-sama mereka kerana mereka semua bersungguh-sungguh untuk membina minisite!

tahniah diucapkan kepada team majalah IM…
kepada richie, utk seminar seterusnya sila sikat rambut anda dengan gaya ‘belah tengah’….
Alhamdulillah habis sudah bengkel minisite. Time kaseh kpd cikgu2 MajalahIM yang tanpa segan silu berkongsi ilmu kepada saya dan peserta lain umumnya. diharap tanpa segan silu lagi, dapat-lah kiranya mendedah-kan ilmu2 lain seperti affiliate, clickbank, rahsia 10K, reseller dll secara praktikal. Secara teori mmg faham tp sekiranya diterjemahkan dlm bentuk praktikal spy jelas. Ble belajar seseorang tp sekiranya ada cikgu mengajar-kan lebih mulia. Saya sanggup bayar insyaallah hehe..jgn mahal2 dah la.
[...] Credit : Majalah IM [...]
huhu. Hafis still semangat lagi tu nak teruskan berguru dengan Majalah IM. tak nyesalkan join bengkel minisite ni? hehe
Sememangnya saya masih menginginkan untuk belajar dengan team Majalah IM nie….
Good training.
Skrg kena ajar mcm mana nak promote barangan yg nak dijual thru minisite ni plak! boleh la kot…
wah…datuk2 pun ade mase kat bengkel tu ye….makin ramai IM melayu sekarang ni…makin berkembang pesat nampaknye…insyallah same2 kite memeriahkan nye..:D
hoho.. bole tahan.. hehe
Bgi saye jike tiade sebarang masalah dan halangan..saye juge ingin menyertainye.. InsyaAllah suatu hari nanti
Thanks semua yang sentiasa menyokong Majalah IM ini
Kami juga sentiasa ingin membantu anda semua.
hazman aka species1980: Insyallah kita berjumpa lagi.
Mohd Fadli Adha: Insyallah, jika diberi kesempatan.
Sapikk: Thanks di atas sokongan anda!
salam… huhu bila la berpeluang ikut bengkel2 yg dianjurkan oleh team biz ni…
masih belum berkesempatan walaupun hati- ni dah x sabar nak join team biz.. huhuhu
Tahniah! Bagus kpd semua perserta terutama kpd Pak Cik tu
Memang saya salute semangat pak Cik tu
tambah smagt nie tgk tok2 pakcik2 bt biz nie…. semua golongan dah pandang pada biz online nie…
rugi rasenye xdapat join ari 2..tapi next bengkel..insyallah..lia nak masuk jugak..biasa la kan dengan keadaan ekonomi sekarang ni..semuanya kena rnacang & atur betul2.. so tahniah buat team IM kerana berjaya mempertengahkan golongan melayu kita ke arah perkembangan teknologi yang pesat sekarang… caiyo!!!!
tahniah pada semua baik penganjur dan peserta …nampaknya ramai yang berminat ngan it bukan kalangan muda sahaja ..sekali lagi tahnuah semua…
URL xde lg. tah bila nak plak nk buat sendiri. azam untuk eten bengkel tu a.s.a.p… insyaAllah!
Salam…
Wah.. Bestnye… Ramai yang p nie..
Rahniah kepada team MajalahIM…
Apa pun, keep it up.. Nie yg tak sabaq nak jumpa nie..
atok pun ada tu…
nanti next time aku akan join utk bengkel minisite ni.
walaupun aku dah ada panduan minisite, tapi aku nak masuk jugak. nak berkenalan ngan IM malaysia la pulak.. hehe…
p/s: tahniah untuk team flarebiz yang telah menjayakan bengkel minisite ni…
yolah melepas den nak join.. skrg ni ekonomi x bapa elok.. next time sure join.. goog luck sume yg belajar
All the best to…team flarebiz..!!
Tahniah kepada team im kerana berjaya anjurkan seminar sebegini, makin berkembanglah dunia im di Malaysia ni
syabas krew majalahim dapat anjurkan seminar yang banyak memberi manfaat dan membantu.keep it up.
Tahniah Team Flarebiz. Ramai ye yang datang. Sekarang ni kebanyakan bengkel penuh. Dah ramai sedar potensi internet untuk menambah pendapatan @ mengembangkan perniagaan. Tahniah juga kepada yang pergi, buat apa yang dipelajari.
sy ade terbaca 1 laman web yg mne ade memberitahu bengkel minisite akan diadakan di kota bharu kelantan.boleh beritahu dgn lebih detail tentang tarikh,tempat bayaranny,dan laman web yg perlu sy layari..sy terlupa link laman web ni..
pizi: Setakat ini bengkel minisite hanya akan di adakan di KL. Di Kota Bharu itu adalah Seminar Asas Perniagaan Internet
[...] pun tidak sangka yang saya sesibuk ini dengan bengkel minisite tempoh hari dan juga kerja-kerja mengedit Majalah IM edisi Mei 2009 dan ebook [...]
1 word….
KAGUM…..
Teruskan usaha anda…
Tahniah buat Majalah IM yang telah mengajurkan bengkel ni. Caya lah bukan hanya golangan muda saja yang boleh belajar gologan veteran juga pun boleh belajar.
Respect kat golongan ‘dewasa’ yang masih lagi bersemangat nak menuntut ilmu.
Tahniah
Kejayaan bengkel yang pertama adalah langkah pertama untuk kejayaan seterusnya…
Telah terbukti bahawa setiap golongan masih berminat untuk menuntut ilmu.
Teruskan usaha semoga bilangan usahawan akan bertambah pada masa akan datang….
Salam,
Tahniah kepada semua krew yang terlibat dalam menjalankan Bengkel ini!
Namun saya masih belum berkesempatan mengikutinya lagi.
[...] Nak tengok gambar lagi? Klik di sini [...]
Salam..
Saya juga teruja apabila melihat seorang yang bergelar atok ini begitu bersemangat menimba ilmu untuk melakarkan website sendiri.
Tahniah ..majalahim.
macam-macam peringkat usia yang hadir bengkel ni ya, sangat bagus