Benarkah Internet Boleh Buat Duit?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya percaya ramai di antara kita semua yang sangat berminat untuk memulakan perniagaan Internet namun mereka sangsi dengan kemampuan Internet. Pelbagai persoalan masih bermain dibenak fikiran mereka kerana terlampau banyak cerita negative tentang pelaburan haram yang kononnya perniagaan Internet disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan. Jika anda salah seorang yang masih sangsi bahawa dengan Internet anda boleh menjana wang, maka anda perlu baca post pada kali ini sampai habis.
Internet Memang Boleh Buat Duit
Ingin sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa kita boleh jana wang melalui Internet. Saya sendiri telah menjana puluhan ribu ringgit di Internet walaupun baru berusia 18 tahun. Apa yang saya lakukan ialah hanya menjual beberapa produk digital di Internet dan hanya lakukan sedikit pemasaran ke atas produk tersebut. Namun, orang kita masih belum dapat menerima hakikat tersebut.
Zhafran dan Bob juga telah menjana puluhan ribu ringgit di Internet dengan perkhidmatan design dan bina laman web. Contohnya saudara Bob boleh meraih pendapatan lebih RM1000 sehari dengan hanya membina laman web dan menjualnya kembali kepada mereka yang berminat. Itu baru satu sahaja sumber pendapatan beliau, tidak termasuk lagi dengan teknik-teknik jana wang yang lain.
Ada juga yang mengadu kepada saya bahawa beliau tidak pandai untuk menulis ataupun bercakap. Jadi, agak susah untuk dia menghasilkan produk digital seperti ebook, audio temubual, video dan sebagainya. Baiklah, sekali lagi saya pohon agar jangan kecilkan skop mencari duit di Internet ini. Saya ada seorang kawan yang meraih pendapatan 5 angka sebulan dengan hanya menjual tudung secara online. Mungkin sebelum ini anda tidak fikir bahawa tudung ini boleh jual di Internet dan pada hari ini kawan saya telah buktikan bahawa beliau boleh berjaya.
Tiada Had Dalam Pencarian Duit Online
Sebenarnya tiada had yang ditetapkan dalam perniagaan Internet. Jika dahulu saya ingat benda-benda yang tajam tidak dapat dijual di Internet maka kali ini saya silap. Siapa sangka, cikgu sekolah saya dahulu iaitu Cikgu Nasir berjaya memperolehi pendapatan 5 angka sebulan dengan menjual keris di Internet! Ya, beliau menjual keris yang saya fikir pada mulanya agak mustahil untuk dijual. Beliau telah mengukuhkan lagi bukti bahawa tiada had dalam penjualan produk di Internet dan sememangnya Interenet boleh buat duit.
Perniagaan Internet juga tiada had umur. Tidak kira sama ada anda ini pelajar sekolah, penuntut Universiti ataupun sebagainya. Jangan tidak percaya bahawa budak sekolah rendah pun boleh jana wang di Internet! Orang yang saya maksudkan ialah Khalif yang baru sahaja berusia 12 tahun namun sudah mampu menjana wang di Internet. Beliau menjana wang dengan menjual beberapa script, pekhidmatan design dan sebagainya. Saya sangat bangga dan percaya bahawa beliau boleh pergi jauh lagi dalam perniagaan Internet.
Moralnya di sini walau siapapun anda, walau apapun status anda dan walau berapapun umur anda. Anda mampu dan boleh menjana wang di Internet. Cuma anda perlu banyak belajar dan memberikan komitmen tinggi untuk menjana wang di Internet.
Cari Duit Di Internet Tidak Sesuai Dijadikan Kerjaya Tetap

Ramai juga yang masih sangsi untuk menjana wang di Internet apatah lagi untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan Internet. Baiklah, izinkan saya berkongsi kisah-kisah para usahawan Internet sepenuh masa yang saya ketahui dengan anda semua.
Sebenarnya sudah ramai yang menjadikan perniagaan Internet ini sebagai sumber pendapata utama dan mereka ini sanggup berhenti kerja kerana mereka yakin bahawa Internet sememangnya boleh buat duit. Antara usahawan Internet tempatan yang menjalankan perniagaan di Internet secara sepenuh masa ialah saudara Alang, Shuth, SmartZul, Syed Ikhawan, Gobala Krishanan dan ramai lagi. Malah mereka ini mempunyai office dan staff sendiri untuk mengawal segala perniagaan mereka.
Saudara Alang juga menceritakan kepada kita semua dalam Majalah IM edisi 7 bagaimana beliau boleh berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Internet. Saya berharap anda dapat luangkan masa untuk mendengar rakaman temubual antara saya dan beliau dalam Majalah IM edisi 7.
Sekarang saya berharap anda sudah percaya dan yakin bahawa kita boleh menjana wang di Internet. Jika masih ada yang ragu-ragu dan perlekehkan usaha anda untuk menjalankan perniagaan Internet maka anda boleh berikan link ini untuk rujukkan mereka. Saya percaya tidak kira siapa kita, jika kita berusaha keras maka kita berhak untuk berjaya dalam pencarian duit online.
Sehingga kita berjumpa lagi di lain hari.






mmg lebih menarik dan praktikal serta mesra pembaca majalah im edisi 7 nih..
bravo for u all bro..
Memang menarik dengan wajah penampilan yang baru, namun mungkin warna dapat dicerahakan sedikit kerana saya melihat pun membuatkan mata saya gelap gelap dan tidak selesa sedikt walaupun saya sudah cuba menerangkan kontras laptop saya. Ini komen yang terbaik bagi saya untuk pihak majalah IM ubahkan pencahayaan pada laman web ini melalui penggunaan warna.
assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan saya ucapkan kepada saudara alang and the gang.. di sini saya ingin mendapatkan lagi penjelasan dan bimbingan dari saudara untuk mendalami ilmu perniagaan internet ni. sebanarnya saya amat berminat, tetapi saya masih musykil dengan apa yang telah di e-melkan kepada saya.jika saya terima cabaran ini untuk menceburi bidang perniagaan ini., sudikah saudara-saudara sekalian menolong saya?
terima kasih dengan segala maklumat yg berguna yg selama ini pihak saudara emelkan kepada saya.
sekian
Salam.
Saya bangga dengan pencapaian majalahim. banyak maklumat yang boleh diperolehi. terima kasih banyak-banyak.
Memang tak dinafikan kalau dilakukan dengan cara yang betul InsyaAllah pasti mendatangkan hasil.
Yang penting ilmu dan usaha
setakat ni saya percaya kenyataan ni tapi tak yakin sebab sy belum melihat hasilnya, ha..ha
Saya dah cuba buat duri dari internet ni. Saya jual buku orang lain..Alhamdulillah saya dah dapat collect RM1K dalam masa 1 tahun. Pencapaian masih rendah berbanding sifu-sifu IM yang lain. Tetapi tetap dapat duit.
duit duit oh duit.. duit tenet memang pergghh..
..buat duit dari internet?
betul ke boleh?
boleh! …
Betul ke?
betul… betul.. betul…
Buat duit di internet.
Bagi yang telah terbuka hati mereka, akan mempercayai bahawa internet boleh di jadikan lubuk duit. Tetapi bagi mereka yang terbuka lagi hati mereka, masih memandang sinis.
Saya ada kawan-kawan yang memandang sinis, jika saya bagitau kepada mereka cita-cita saya yang ingin bekerja dari rumah. Tapi biasa la tu.
yg aku tau pakai nuff je..
:p
Salam..
erm pada saya design yang latest nie lagi baik daripada yang lepas…look profesional..good..:)
Yeah memang betul dan boleh…Kalau org tu cakap tak betul dan tak boleh..aku rasa dia punya otak memang tak betul…ohohoho
Bukan senang nak senang..kalau tak susah, susahlah nak senang..
Kena ada usaha, ilmu dan pengorbanan. Aku 3 tahun layan ebay..byk pahit manisnya..akaun ebay aku tak tau baper kali kena closed..tapi relex jerr..cool, boleh jer ber-ebay mcm biasa.
Beza org yg ada ilmu dengan org yang tak ada ilmu…1 jerk..Pandai berfikir, berikhtiar, selalu mendapatkan ilmu2..bila semua ni dah dikuasai..sure boleh buat duit Hari-hari melalui internet.
Dah terbukti pun internet boleh bagi kita duit. Cuma kita je yg tak nak usaha tuk ambi..Ada satu idea di sini…buat duit dengan hanya email anda. Ya Email kosong. Ade sesiapa yang ada idea tentang ni..Email kosong!!!!
Good! Impressive! Usaha yang bagus. Dalam masa yg sama kita juga boleh tengok keluaran yg lepas2. Good job!
bise…aa
saya tidak nafikan memang internet leh hasilkan duit…tapi ramai dikalangan kita tidak pandai aplikasikannya
Berwajah baru nie sungguh menarik dan cantik. Satu peningkatan yang amat baik.
memang boleh buat duit. tapi kene usaha lebih la.
Ps: Theme memang lawa gila.
betul ke?… betui la tu… la ni aku keja full time dgn salah seorg dari IM terkenal. Guru hang Gobala oiiiiiii…
Gobala:- nice book :p, my bos dah pun terima.
“Benarkah Internet Boleh Buat Duit?”
Setuju sangat dengan kenyataan di atas, Internet memang boleh buat duit tapi kena berhati2 kerana internet juga boleh menghilangkan duit yg ada..
…. Freeiklan.com
Benar.Tapi saya belum pernah merasai hasil dari intenet walau sebesar kuman kuruspun…..sebabnya, saya ni buta website,buta domain,buta hosting……ala!!!… dengan kata lain buta internet la tuuu…..he he he tolongla ajar saya…..tapi takde duit nak baya.free la ek!!!…….nnti dpt duit dari internet saya belnja ok!!……..Maaf gurau je tp benarrrrrrrr.
Salam semua …Memang benar boleh buat duit di internet…saya dah merasa ..cuba jangan tak cuba…harus percaya…pada kemampuan anda…
ingat nak buat majalah jgak ni,, huhu
mmg benar..saya letak few iklan saje kat blog dah ada pasif income..tak byk sgt but not bad ..sy byk belajo dr usahawan2 Internet ni la..thanks a lot ya
Salam alaikum tim majalah IM
Ekonomi berdasarkan kepercayaan ini nampaknya sudah semakin relevan dalam dunia online. Saya suka menjual produk yang saya pernah gunakan kerana ia lebih mudah diceritakan.
Dalam hal saya ialah saya suka buku. Maka saya memilih beberapa buah buku untuk dijual, itu pun selepas saya membacanya dan 300% yakin buku ini adalah buku wajib baca oleh pengunjung.
Awalnya saya menjual buku Buat Duit Dengan Terbit Buku Sendiri di wordpress, masih belum mini site lagi, tetapi meskipun di blog, ini adalah antara buku paling laju jualannya sehingga kini.
Saya macam tidak percaya, adakah orang nak beli buku fizikal dalam online. Tapi selepas kejayaan itu saya sudah menjual beberapa buku lagi iaitu siri buku cinta terlaris dan bestseller di Malaysia dan siri buku bisnes dalam keadaan gawat di Malaysia yang melibatkan taikun bisnes masa gawat
Apa pun, Tip Karier untuk Wanita Moden adalah e-buku yang pertama dan membuat saya tidak tidur malam.
Dahulu saya tidak percaya, kali ini saya kata cubalah online dan percayalah
ZAMRI MOHAMAD
penulis buku sepenuh masa di Malaysia
banyak boleh belajar nih!
tolong bimbing saya ke bidang perniagaan internet demi masa depan.
Assalamu’alaikum,
Boleh beritahu, orang yang seperti kak ni yang kosong sekosongnya mengenai perniagaan internet untuk nak bermula. Untuk permulaan kak ingin nak belajar cara nak iklankan url akak sebanyak mungkin, camna ya!
Kak sangat irihati dgn kejayaan usahawan internet, tolong ajar A -Z
terima kasih,
yang mengharap
dan letih dengan kegawatan ekonomi sendiri.
Tak percaya bahawa dengan Internet boleh dapat income beribu alhamdulilah saya dah dapat cuma cara nak dapat bukan mudah kena lalui banyak liku cabaran dan lagi satu setkan minda anda dalam dunia nie tak ada benda mudah tak ada benda percuma jadi untuk berjaya kena berkorban wang harta masa dan tenaga