Ulasan Produk

Pelajari Langkah SEO Paling Mudah Dan Berkesan!

SEO atau Search Engine Optimised adalah satu pengetahuan yang wajib diketahui semua usahawan internet. Untuk menjana pendapatan dengan penjualan produk, blog ataupun affiliate kemahiran SEO sangat diperlukan.... Seterusnya →

Jana Pendapatan Dengan Nuffnang

Alhamdulillah, saudara kita Noorizam baru sahaja melancarkan satu panduan percuma iaitu Jana Pendapatan Dengan Nuffnang dan saya telah membaca keseluruhan panduan ringkas ini. Seperti yang anda ketahui,... Seterusnya →

Mencipta Produk Digital Dengan Rahsia 10K

Akhirnya produk Rahsia 10K telah berjaya dilancarkan oleh saudara Adly Mukhtar (Labanon) bersama Team Flarebiz dan telah menghasilkan jualan yang hebat. Saya telah meniliti dan membaca keseluruhan produk... Seterusnya →

Bantu Kami Menemubual Pn Ann

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya pasti ramai di antara usahawan Internet Malaysia ini sudah kenal dengan salah seorang usahawan Internet wanita berjaya iaitu Pn Ann atau nama sebenar beliau ialah Suzana Mustafa. Beliau adalah pemilik forum yang terkemuka iaitu WanitaMelayu.com. Beliau telah memulakan perniagaan Internet sejak 25 September 2005 lagi. Pada ketika ini saya sendiri masih belum mengetahui tentang potensi perniagaan Internet ;)

Bermula dari tarikh itu, kini genap tiga gahun beliau terus berusaha tanpa henti mengendalikan forum tersebut dengan penuh minat dan kesungguhan. Beliau berusia 38 tahun, berasal dari Labuan, Sabah dan dianugerahkan empat orang cahaya mata bersama suami tercinta. Dahulu beliau pernah bekerja sebagai Pembantu Setiausaha Syarikat, tetapi kini sudah mampu menubuhkan syarikat dan memiliki office sendiri hasil perniagaan Internet beliau.

Pada Majalah IM Edisi November, pihak kami akan menemubual beliau dan akan cuba sedaya upaya untuk membongkarkan rahsia bagaimana beliau boleh menjadi seorang usahawan Internet wanita yang berjaya. Oleh itu, saya perlukan bantuan daripada anda semua untuk menanyakan sebarang soalan berkaitan agar pihak kami boleh ajukan kepada Pn Ann kelak. Setiap orang hanya dibenarkan menanyakan satu soalan sahaja agar dapat memberi peluang kepada pembaca lain. Di harap anda semua dapat mengajukan soalan yang dapat memberikan manafaat kepada kita semua.

Tunggu Majalah IM November yang akan mengupas isu menarik iaitu “Wanita & Pencarian Duit Di Internet“. Sila tinggalkan soalan di ruangan komen dan pihak kami akan pilih 10 soalan terbaik untuk diajukan kepada beliau.

Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi.

50 komen “Bantu Kami Menemubual Pn Ann”

  1. (1) Hairul : October 29th, 2008 at 11:43 pm

    Bagaimana dengan reaksi daripada suami dan anak-anak? Adakah mereka menyokong atau pun bagaimana?

  2. (2) Hairul : October 29th, 2008 at 11:49 pm

    Perniagaan internet sekarang dimonopoli oleh golongan lelaki. Adakah golongan wanita boleh memecahkan monopoli ini dan sama-sama menguasai perniagaan internet?

  3. (3) Hairul : October 29th, 2008 at 11:53 pm

    Apakah peranan dan perancangan wanitamelayu.com untuk memperluaskan dunia perniagaan internet di kalangan wanita?

  4. (4) Amy : October 30th, 2008 at 12:21 am

    Salam,
    Bagaimana nak mulakan perniagaan internet ini? Saya kurang keyakinan tetapi berkeinginan untuk berkecimpung dalam dunia perniaagaan internet. Boleh puan berkongsi tips dan pendapat puan dengan saya dan lain-lain?

  5. (5) aswad : October 30th, 2008 at 12:32 am

    salam,saya nk tanya..apa rahsia puan sampai berjaya?
    adakah puan join google adsense?atau pon juz jual product sahaja?
    sekian

  6. (6) cyza : October 30th, 2008 at 12:33 am

    Oh dia rupanya… tak sangka dia yang empunya forum tu…Kool :)

  7. (7) Fatin Pauzi : October 30th, 2008 at 12:35 am

    Terima Kasih kerana memberi saya peluang untuk mengajukan soalan kepada Puan Ann.
    Soalan saya : Bagaimanakah Pn Ann dapat menarik trafik ke forum wanitamelayu.com sehingga saya lihat forum tersebut berjaya menjadi satu tapak yang utama untuk dikunjungi oleh hampir semua wanita? Saya yakin Pn Ann mempunyai strategi promosi yang hebat.
    Terima Kasih untuk jawapan Pn Ann.

  8. (8) NORZIHAN BINTI HARUN : October 30th, 2008 at 12:35 am

    Bolehkah Puan Ann kongsikan kepada kami pembaca majalah IM rahsia yang membawa kepada kejayaan perniagaan internet anda,apakah bentuk promosi yang Puan Ann amalkan,terima kasih.

  9. (9) azilah : October 30th, 2008 at 1:39 am

    Saya ingin bertanyakan solan kepada Puan Ann:

    Bagaimanakah Puan Ann mula menceburkan diri dalam perniagaan melalui internet?Apakah cabaran yang dihadapi pada permulaan Pauan Ann mempromosikan website puan?

  10. (10) iema : October 30th, 2008 at 1:43 am

    Assalamualaikum. Soalan saya kepada Pn. Ann ialah apakah peluang golongan wanita dalam bidang perniagaan internet berbanding dengan golongan lelaki?

  11. (11) idham : October 30th, 2008 at 3:44 am

    fatin fauzi ade nak tanye pasal menarik trafik..aku pon nak tahu jugak. kerana ramai orang boleh istiharkan diri mereka sebagai internet marketer tetapi cabaran no.1 adalah trafik. mesti tanya nih….

  12. (12) zamri mohamad : October 30th, 2008 at 4:23 am

    Saya ingin bertanya, perkembangan dari tahun ke tahun wanita melayu.com sejak awal 2005 hingga kini, dari segi perbezaan lanskap bisnes, respon pelanggan dan bagaimana ia menjadi bisnes yang berjaya.

    Daripada
    ZAMRI MOHAMAD

  13. (13) Fazidah : October 30th, 2008 at 6:22 am

    Soalan saya untuk Pn Ann,

    Bagaimana Pn Ann bahagikan masa antara keluarga, bisness sendiri yang perlukan Pn Ann buat sendiri sulaman reben, menguruskan Wanita Melayu dan dengarnya tengah nak kembangkan bisness lagi?

    Setahu saya untuk uruskan sebuah forum yang besar perlukan masa juga sebab nak baca komplen ahli, nak baca private message dan lain-lain lagi.

    Adakah Pn Ann mempunyai jadual harian yang tetap atau flexible?

  14. (14) Scromix : October 30th, 2008 at 6:26 am

    apakah cabaran paling hebat dan kritikan “pedas” yang tidak pernah puan lupakan ?

  15. (15) fauziesp : October 30th, 2008 at 7:06 am

    Syabas dan tahniah atas kejayaan puan. Soalan saya ialah bagaimanakah caranya puan menghasilkan forum itu dan berapakah kos yang telah dikeluarkan semasa membina forum tersebut?

  16. (16) ali abu : October 30th, 2008 at 7:30 am

    salam sejahtera ,

    saya masih tertanya - tanya sehingga sekarang. Bagaimana seseorang yang kemahiran membuat penaturcaraan , mengendalikan PC serta lain - lain perisian mampu untuk mewujudkan satu perniagaan internet yang berjaya seperti puan.

    soalan 2

    darimana datangnya sumber kewangan . apa yang saya faham untuk memulakan perniagaan internet sekurang - kurangnya memerlukan modal sebanyak RM 500 mengupah pereka website belum lagi utk mengiklan tentang forum puan.

    soalan 3

    Macammana puan mendapat sumber income hanya dengan mengendalikan forum sahaja ?

    sedangkan mereka yang belajar , membuat kerja , berpengalaman luas serta skill yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat tidak akan menyertai perniagaan secara online ini . Apa komen puan ?

    skt

  17. (17) MNizam : October 30th, 2008 at 8:29 am

    Saya ingin bertanya: Pada tahun 2005 tidak ramai yang berminat menyertai industri internet? bagaimana Pn Ann mendapat semangat & cara sehingga berjaya seperti sekarang ini?

  18. (18) shafawi : October 30th, 2008 at 8:30 am

    Soalan buat Pn Ann.

    Bagaimana bermula dan tercetus idea untuk model perniagaan begini? Saya juga ingin menggalakkan isteri saya menceburi bidang ini. Apakah nasihat terbaik buat isteri-isteri dan wanita yang ingin menceburi bidang Internet bisnes ini.

  19. (19) udin : October 30th, 2008 at 8:31 am

    soalan

    3 tahun penuh dengn cabaran. Selain dari bantuan dan sokongan anak-anak dan suami, siapakah mentor Puan Suzana Mustafa yang membolehkan kejayaan hari ini?

  20. (20) idham : October 30th, 2008 at 8:32 am

    Apakah konsep yang digunakan dalam perniagaan internet?

  21. (21) ZUE : October 30th, 2008 at 8:35 am

    ASSALAMUALAIKUM….
    Bagaimanakah caranya Puan Ann menceburi industri internet? Saya ingin sekali menjana pendapatan seperti Puan….

  22. (22) Junnainah : October 30th, 2008 at 8:42 am

    apakah sebenarnya yang mendorong puan utuk bekerja di internet sehingga berjaya?
    dan apakah faktor penting yang perlu bagi seorang wanita ynag berkeluarga untuk menceburi perniagaan internet dan lebih berjaya?

  23. (23) nursodiq : October 30th, 2008 at 9:44 am

    Bagaimana Puan bermula dlm perniagaan ini, dan adakah terus berjaya atau mengambil masa?

  24. (24) nazira : October 30th, 2008 at 9:55 am

    assalamualaikum pn.ann.
    Apa yang akan pn.ann lakukan untuk menarik pelanggan yang was-was untuk membeli produk yang pn.ann tawarkan? terima kasih pn.ann. jawapan pn.ann pasti dapat membantu kami yang masih baru dalam bidang ini.

  25. (25) kita : October 30th, 2008 at 10:15 am

    Assalamualaikum puan.

    Saya percaya bukan perkara mudah untuk mengekalkan wanitamelayu di arena internet.Saya ingin tanya , bagaimana cara terbaik untuk mengekalkan sesebuah lamaweb agar terus kekal ( kadang-kadang setahun jer bertahan selepas tu expired) walaupun tidak mendapat sambutan.

  26. (26) fungfung : October 30th, 2008 at 10:18 am

    adakah sebelum join bisnes internet ni cik ann sudah pndai IT atau memang really newbie

  27. (27) Othman bin Ahmad : October 30th, 2008 at 10:55 am

    Salam !

    Apakah petua untuk berjaya dalam perniagaan internet ?

    Tq.

  28. (28) anys idayu : October 30th, 2008 at 11:01 am

    salam pn ann..saya ingin bertanya, bagaimana waktu permulaan semasa pn hendak menceburi bidang perniagaan internet ini. sekiranya sudi saya amat berharap pn dapat berkongsi pendapat tentang cara2 untuk menceburi bidang ini, apa produk yg sesuai dan bagaimana cara untuk mempromosi produk kita di internet.
    terima kasih atas pandangan pn..

  29. (29) copernicus : October 30th, 2008 at 11:12 am

    3 tahun… bagaimana boled dapat mengekalkan momentum sebegitu lama, dan berjaya pula tu…?

  30. (30) khairul bariah : October 30th, 2008 at 11:36 am

    assalamualaikum. pn. ann.

    satu soalan yang ingin saya tanyakan pada puan ialah tentang strategi yg puan guna/amalkan untuk menjadi enterprenur yang berjaya dan bertahan hingga ke hari ini. memang mudah untuk memulakan sesuatu bisnes ini tetapi bagaimanakah puan mampu bertahan dan mengekalkan momentum semangat dan keazaman untuk berjaya dalam bidang ini? sekian terima kasih untuk jawapan puan itu.

  31. (31) selamat khamsan : October 30th, 2008 at 12:13 pm

    Apakah perkara pertama yang anda lakukan dalam IM dan mendatangkan hasil….
    Adakah ini percubaan pertama puan dan terus mendapat hasil atau percubaan ke berapa?
    Apakah puan rasa perniagaan IM boleh menjamin masa depan puan dan IM2 yang lain…

  32. (32) MR. AIM : October 30th, 2008 at 12:13 pm

    assalamualaikum pn.
    satu soalan untuk pn..
    apa yang pn. fikirkan pada awal penglibatan pn. dalam perniagan internet ini? maksud sy halatuju,dan kenapa mesti internet..

  33. (33) mie : October 30th, 2008 at 12:14 pm

    emm, dah lama kenal nama, paling best forum pertama join dgn pn dulu, forom tu paling best, mengapa forom decorasi tu x diteruskn?

  34. (34) jamra67 : October 30th, 2008 at 1:35 pm

    Apa pendapat puan tentang peralihan kerja dari makan gaji dengan kerajaan/swasta kepada mencari pendapatan melalui internet. Adakah ini sesuatu yang boleh dijadikan pegangan?

  35. (35) Burhan : October 30th, 2008 at 4:04 pm

    Adakah puan mempunyai background IT?

  36. (36) Ana : October 30th, 2008 at 5:18 pm

    Bagaimana mula-mula tercetusnya idea menyewakan tapak kedai di forum?
    Wanitamelayu.com adalah sebuah komuniti yang besar dan masyhur di Malaysia. Bagaimana puan Ann dapat melayani karenah peniaga, pembeli dan pengunjung forum agar sentiasa berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang diberi? .
    Bagaimana menjanjikan tarikan pada sesuatu forum?

  37. (37) Joey Chua : October 30th, 2008 at 9:09 pm

    My question: How do Pn Ann survive in the mans’ world, since in the IM world it is majority man than woman.

    Thanks.

    Regards,
    Joey Chua

  38. (38) hadiff : October 31st, 2008 at 10:46 am

    Assalamualaikum Pn. Ann.

    Soalan saya, Apakah rahsia pemasaran dan bentuk pengiklanan yang Pn. Ann gunakan sehingga berjayanya Wanitamelayu.com di planet maya ini. Tentu ada cara yang berkesan untuk mempromosikan sesuatu forum atau laman web. Harap Pn. Ann dapat kongsikan bersama.

  39. (39) ummyone : October 31st, 2008 at 7:13 pm

    Setiap Kejayaan Pasti Ada Usaha Di Sebaliknya.Oleh itu saya ingin bertanya kepada Pn.Ann,Apakah usaha beliu di setiap langkah demi langkah sehinggalah sekarang ini beliau telah berjaya sebagai Usahawan Internet Wanita Yang Berjaya.Syabas! ! ! . . .Semoga terus berjaya, tetapi jangan lupa kepada kami yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar kerana kami juga ingin berjaya seperti anda juga.TQ.

  40. (40) aj : October 31st, 2008 at 10:13 pm

    bagaimana puan jana pendapatan daripada forum?

  41. (41) Nabieel : October 31st, 2008 at 10:14 pm

    Mengikut peredaran masa, usahawan internet semakin bertambah. Jika Pn Ann diberikan peluang oleh kerajaan untuk membangunkan usahawan internet ini supaya berdaya saing dengan industri lain. Apakah yang Pn Ann akan lakukan?

    Pada pendapat Pn Ann, adakah wajar pihak sekolah atau pihak IPT mewujudkan Persatuan Usahawan Internet? Mengapa?

  42. (42) chong : October 31st, 2008 at 11:55 pm

    puan saya seorang yg tidak pandai menguna komputer dan ingin berjaya spt puan.saya telah banyak beli ebook di internet yg menjanjikan pulangan yg lumayan tetapi sebaliknya dan tidak jelas sekalipun.

  43. (43) samdaddycool : November 1st, 2008 at 12:54 am

    Bagaimana mulanya timbul cetusan idea mewujudkan WanitaMelayu.com dan siapakah disebalik tabir atas kejayaannya bersaing serta kekal lama?

  44. (44) ajed : November 1st, 2008 at 8:51 am

    macam mana nak buat website tersebut jadi kualiti akan lebih sempurna mengikut kehendaknya.dengan cara isi kandungan yang terbaik ataupun grafik

  45. (45) zed : November 1st, 2008 at 6:20 pm

    bagaimna sy bleh mndpat cara tmdah untk keja sprt puan.

  46. (46) Mohd Safuan : November 2nd, 2008 at 2:47 am

    Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanya, mengapa kaum perempuan sukar untuk menceburi bidang perniagaan internet walaupun pada masa kini, perniagaan melalui jaringan internet sudah menjadi trend untuk sesiapa memulakan dan ingin memajukan perniagaan masing2?
    Terima kasih kepada team flarebiz kerana sudi memberi peluang ini.
    Wassalam

  47. (47) Amalia : November 4th, 2008 at 12:46 am

    Bagi wanita yg sudah berumahtangga dan mempunyai anak, isu paling utama yg sering menjadi cabaran untuk menjalankan perniagaan internet dari rumah ialah kekangan masa.

    Bagaimana Pn Ann membahagikan masa untuk menguruskan perniagaan dan rumahtangga?

  48. (48) MAMAHUSNA : November 4th, 2008 at 12:58 am

    Assalamualaikum,
    Saya amat mengagumi kesungguhan dan kejayaan puan dalam perniagaan internet. Pada masa yang sama,menguruskan keluarga dan juga projek sulaman, jadi, dapat kiranya Pn Ann memberikan tips2 untuk pengurusan masa khususnya bagi wanita yang berkejaya,mempunyai keluarga dan berminat ke arah perniagaan internet. Tq

  49. (49) Perniagaan Internet : November 4th, 2008 at 2:45 am

    Interview telah selamat dijalankan pada semalam dan sila tunggu Majalah IM Edisi November untuk mendengarnya :)

    Terima kasih kepada semua yang mengajukan soalan.

  50. (50) ayu : November 6th, 2008 at 10:32 am

    Salam.saya ada soalan nak tanya pn ann..sejarh permulaan pn ann dengan dunia internet?..mesti ada jatuh bagun..nak bahagi masa dengan ank2 suami..dalam sehari berapa jam pn ann habis masa depan komputer dari mula pembabitan sampai sekarang..??Apa strategi yang pn ann guna?

Tinggalkan Komen