Bantu Kami Menemubual Pn Ann
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya pasti ramai di antara usahawan Internet Malaysia ini sudah kenal dengan salah seorang usahawan Internet wanita berjaya iaitu Pn Ann atau nama sebenar beliau ialah Suzana Mustafa. Beliau adalah pemilik forum yang terkemuka iaitu WanitaMelayu.com. Beliau telah memulakan perniagaan Internet sejak 25 September 2005 lagi. Pada ketika ini saya sendiri masih belum mengetahui tentang potensi perniagaan Internet
Bermula dari tarikh itu, kini genap tiga gahun beliau terus berusaha tanpa henti mengendalikan forum tersebut dengan penuh minat dan kesungguhan. Beliau berusia 38 tahun, berasal dari Labuan, Sabah dan dianugerahkan empat orang cahaya mata bersama suami tercinta. Dahulu beliau pernah bekerja sebagai Pembantu Setiausaha Syarikat, tetapi kini sudah mampu menubuhkan syarikat dan memiliki office sendiri hasil perniagaan Internet beliau.
Pada Majalah IM Edisi November, pihak kami akan menemubual beliau dan akan cuba sedaya upaya untuk membongkarkan rahsia bagaimana beliau boleh menjadi seorang usahawan Internet wanita yang berjaya. Oleh itu, saya perlukan bantuan daripada anda semua untuk menanyakan sebarang soalan berkaitan agar pihak kami boleh ajukan kepada Pn Ann kelak. Setiap orang hanya dibenarkan menanyakan satu soalan sahaja agar dapat memberi peluang kepada pembaca lain. Di harap anda semua dapat mengajukan soalan yang dapat memberikan manafaat kepada kita semua.
Tunggu Majalah IM November yang akan mengupas isu menarik iaitu “Wanita & Pencarian Duit Di Internet“. Sila tinggalkan soalan di ruangan komen dan pihak kami akan pilih 10 soalan terbaik untuk diajukan kepada beliau.
Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi.

Maaf, saya bukan berniat nak memperkecilkan sesiapa, cuma saya ingin tahu ‘kejayaan’ wanitamelayu.com dilihat dari aspek apa, sehingga boleh di angkat sebagai usahawan berjaya?
adakah dari aspek
Nich
produk
trafik
SEO
bilangan ahli forum atau….
Maaf sekali lagi….