Bagaimana Pemberian Percuma Mampu Menghasilkan Komisyen Untuk Anda

Penjanaan Wang Melalui Pemberian Percuma

Dalam artikel sebelum ini, saya telah mengutarakan 3 cara mudah yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan di internet. Artikel kali ini pula akan menjurus pada penjanaan wang melalui affiliate iaitu dengan pemberian hadiah percuma pada prospek atau bakal pembeli anda. Saya yakin anda semua menyukai sesuatu yang percuma, lebih-lebih lagi jika produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Begitu juga para prospek anda, mereka sentiasa dahagakan sesuatu yang percuma daripada anda. Dalam dunia perniagaan internet, pemberian percuma yang saya maksudkan adalah seperti:

  • Laporan percuma (Dalam bentuk PDF)
  • Ebook
  • Kandungan email yang mempunyai informasi, tips dan panduan

Walaupun ramai yang sedar pemberian percuma ini dapat memberikan keuntungan jangka masa panjang sebagai affiliate marketer, namun masih ada lagi yang gagal kerana mereka melupakan asas-asas yang perlu dipatuhi apabila menghasilkan sesuatu produk yang akan diberikan secara percuma.

Utamakan kualiti, bukan kuantiti

Kebanyakkan mereka yang gagal kerana terlampau mementingkan kuantiti. Dimana mereka berpendapat bahawa komisyen akan lebih banyak terhasil jika kita memberikan lebih banyak pemberian percuma. Kenyataan tersebut adalah benar sekali. Namun jika ia dikategorikan sebagai sebuah produk sampah, anda bukan sahaja tidak dapat menghasilkan komisyen affiliate, malah kredibiliti anda juga turut terjejas.

Oleh itu, utamakan kualiti anda apabila memberikan sesuatu yang percuma pada mereka. Ini dapat dilakukan dengan menganggap ia sebagai produk yang berbayar. Apabila anda mempunyai pemikiran yang demikian, kualiti adalah keutamaan anda. Dimana saya pasti anda tidak mahu para pembeli kecewa apabila memiliki produk berbayar anda.

Luangkan sedikit masa anda untuk memberi deskripsi produk

Sebagai contoh, dalam laporan percuma pastikan anda meletakkan satu atau dua produk sahaja yang berkaitan dengan laporan anda. Ini bagi mengelakkan salah faham pembaca yang akan menganggap anda ingin melakukan promosi semata-mata.

Anda juga disarankan untuk memberi sedikit sebanyak penerangan mengenai produk yang dicadangkan agar dapat mendidik para pembaca untuk membuat keputusan yang lebih tepat sebelum membelinya. Pastikan anda berikan informasi dari sudut kelebihan dan kekurangan produk tersebut. Dengan berbuat demikian, mereka akan lebih yakin untuk melaburkan wang mereka untuk membeli produk tersebut.

Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk menjana pendapatan daripada affiliate. Bagi anda yang mempunyai sebarang persoalan, sila kongsikannya di ruangan komen yang disediakan.

{ 19 Komen }

Mengenai Penulis : Aqif

Muhammad Aqif bin Azizan merupakan usahawan internet dan tugas beliau adalah membantu prospek membina perniagaan dengan sistem yang dinamakan 7 Figure Venture . Sebuah sistem MLM yang membantu usahawan menerangkan peluang perniagaan dengan lebih beretika, professional dan efektif. Untuk maklumat lanjut, sila layari AqifStrategi.com

19 Responses to “Bagaimana Pemberian Percuma Mampu Menghasilkan Komisyen Untuk Anda”

  1. bluedianthus says:

    terima kasih sekali lagi di atas perkongsian bermakna ini.. Kebanyakan produk yang mementingkan kuantiti akan kurang nilai estetika dan kredibiliti pemilik produk mungkin akan dipersoalkan. Lihat saja saudara smartzul yang sangat komited dalam setiap produk yang dihasilkannya. Beliau bukan sahaja mencipta keuntungan, malah beliau juga memberi lebih masa untuk bahagian support dan tidak mengeluarkan produk baru beberapa bulan kerana menekankan kepada usaha memberi support kepada pembeli..Terima kasih atas entri yang membina…:)

    • Aqif says:

      Smartzul juga merupakan mentor saya dalam perniagaan produk digital. Keutamaan beliau dalam menghasilkan sesuatu produk informasi yang berkualiti menjadi inspirasi kepada saya.

      Terima kasih kerana memberikan pendapat yang amat bernas. :)

  2. Zairi Zaidi says:

    Satu artikel yang bagus.

    Nampaknya kena tingkatkan kualiti ebook free saya tu

    • Aqif says:

      Jangan lupa untuk letakkan produk affiliate yang berkaitan dengan ebook bro. Insyaallah boleh jana keuntungan jika isi kandungan percuma yang diberikan dapat disampaikan kepada para pembaca.

      • mzm says:

        terima kasih dengan idea ni.. memang satu idea yang baik untuk diaplikasikan..
        InsyAllah saya akan apply untuk ebook percuma saya yang akan datang.. thanks!

  3. AJ says:

    Ya. Kesan dari E-book percuma yang dihasilkan dan diberikan kepada pengguna lain cukup menguntungkan.

    AJ telah membuat percubaan melalui e-book percuma ini semasa menghasilkan e-book pertama AJ, Panduan Domain dan Hosting Percuma dimana respon lebih dari 400 pengguna telah memuatturun. Dari sasaran sebenar adalah untuk menaikkan traffik ke laman web disamping untuk menjana pendapatan melalui e-book percuma. Beri percuma masih lagi boleh dapat duit.. :-)

    Kerana faktor e-book ini boleh menjadi viral marketinglah cara ini cukup berkesan untuk merebakkan URL domain untuk diingati setiap pengguna web.. Kelak pelawat percuma ini mungkin boleh menjadi pelanggan tetap. :-)

  4. Betul pandangan saudara Aqif tu..Pemberian produk/laporan percuma dpt menyerlahkan kredibiliti kita kepada bakal pelanggan.

  5. adrenal says:

    saya bersetuju dgn pandangan bro aqif..kualiti harus diutamakan dalam penghasilan produk..barulah pembeli akan nampak kesungguhan kita dalam menghasilkan produk yg benar2 dapat selesaikan masalah mereka..

  6. cikgudee says:

    Saya suka info ini. banyak membantu dalam penulisan. tapi, saya masih baru. Kurang lagi ilmu…

  7. info yang menarik untuk dikongsi..=)

  8. kaiba910 says:

    Thanks sebab share info :D . Saya suka tambah-tambah ilmu

  9. Amir says:

    Kualiti adalah lebih baik drpd kuantiti.kualiti akan memberikan lebih kepercayaan kepada pelanggan utk menggunakan produk atau servis kita secara berterusan pada masa akan datang.Terima sdr Aqif atas perkongsian ilmu yg berguna ini…:)

  10. syahsuke says:

    nice ads….bertambah lagi ilmu pada hari ini

  11. redfar says:

    thanks..
    rmi skang blogger guna pemberian ebook free utk mewujudkan viral marketing..
    teknik yg hebat untuk dipraktikkan bagi newbie..

  12. oneman says:

    Sekarang ni memang dah jadi trend IM memberikan panduan percuma, tu semua sebab nak dapatkan list email supaya senang kalau nak promote produk baru nanti. Apa pun kedua-dua pihak memand dapat kelebihan…Saya kalau dah free tu memang download je …

  13. Kadang-kadang konsep klasik masyarakat melayu boleh kita guna pakai dalam konsep memberi hadiah secara percuma.Orang tua-tua selalu berpesan orang memberi kita merasa,orang berbudi kita berbahasa. Ini membawa maksud pemberian yang kita terima menjadi syarat sama ada untuk membalas atau tidak.Tak balas pun tak pa…sebab dia bagi. Tetapi oleh sebab kitaa nak berbudi bahasa tadi setiap pemberian harus ada pembalasan.Paling kurangpun terima kasih.

  14. Jutawan muda says:

    nampaknya kena tambahkan kuantiti ebook saya kpd customer dah…..

    u gt ym ah…?

  15. Jutawan muda says:

    nampaknya kena tambahkan kuantiti ebook free saya kpd customer dah………

    http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=kdharanbiz

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)