Bagaimana Pemasaran Melalui Facebook?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Industri pemasaran internet sentiasa berkembang pesat dan kita sebagai usahawan internet perlu sentiasa ‘alert’ dengan medium-medium pemasaran baru, terutamanya sosial networking seperti Facebook, Myspace, Twitter dan banyak lagi. Namun, pada entri kali ini saya akan bercerita mengenai satu pemasaran melalui medium sosial networking yang tidak asing lagi iaitu Facebook.
Saya sangat pasti sekarang semua orang mempunyai akaun Facebook masing-masing. Semalam ketika ceramah di UiTM Shah Alam, saya sempat bertanya kepada audience, “Siapa di sini yang mempunyai akaun Facebook, sila angkat tangan!“. Semua audience mengangkat tangan termasuk dengan lecturer-lecturer sekali.
Ini merupakan satu fenomena luar biasa Facebookmania apabila pertumbuhan pengguna Facebook sangat pantas dan mengikut statistik di internet, pengguna Facebook yang berdaftar kini lebih daripada 150 juta orang.
Itu merupakan satu fakta yang sangat menarik! Kita tidak perlu fikir kenapa Facebook boleh cepat berkembang tetapi kita fikir bagaimana kita sebagai usahawan internet hendak memanfaatkan peluang tersebut. Facebook cepat berkembang kerana sistem mereka berkonsep viral, dimana jika si A update status, maka si B sebagai kawan si A akan dapat membaca status tersebut dan apabila ada interaksi, si C yang hanya kawan kepada si B pun boleh melihat status si A. Konsep viral dan cepat berkambang!
Ia sangat bagus untuk pemasaran internet kerana ia seolah-olah menyerbarkan virus perniagaan kita dengan mudah dan cepat. Cuma kita sebagai usahawan internet perlu bijak mengkaji, apakah tujuan Facebook dicipta? Adakah ia dicipta khas sebagai medium promosi kita? Log in Facebook jer dah dapat RM100 oh!

(Teknik pre-launched, buat orang tertunggu-tunggu!)
Facebook dicipta untuk tujuan bersosial secara online. Maknanya, agak silap besar apabila kita join sahaja Facebook dan terus melakukan promosi terang-terangan atau istilahnya “hard selling”. Facebook sebenarnya lebih berkesan jika kita menggunakan konsep “soft selling” dimana kita menjual tetapi tak nampak sangat kita menjual.
Satu kelebihan mutlak ialah seseorang manusia lebih mudah untuk membeli dengan orang yang dikenali berbanding orang asing. Jadi, Facebook adalah satu mediaum yang sangat sesuai untuk kita memasarkan produk atau servis secara soft selling.
Bagaimana anda nak lakukan pemasaran melalui Facebook? Cuba ikut 3 langkah berikut:
Langkah 1: Anda perlu terus mengupdate status-status yang memberikan informasi ataupun sesuatu kepada rakan-rakan Facebook kita. Ingat, pemasaran sekarang tidak sama dengan pemasaran 20 tahun lepas dimana zaman sekarang pemasaran secara informasi lebih berkesan. Ingat teknik give, give and take? Sesuai untuk digunakan.
Langkah 2: Pemasaran Facebook secara FREE akan tidak bermakna apa-apa jika anda tidak mempunyai ramai kawan. Saya sendiri mula buat duit melalui Facebook setelah mempunyai ramai kawan. Kita bukan sekadar nak kawan yang ramai, tetapi nak ramai kawan yang berkualiti. Jadi, anda perlu sentiasa add kawan yang baru, bukan hanya bertindak untuk accept friend sahaja.
Langkah 3: Setelah anda melakukan langkah 1 dan 2 secara konsisten, barulah anda boleh melakukan pemasaran secara halus yakni bukan jampi tetapi seni ho ho ho! Anda juga perlu ingat, tidak perlu SPAM wall orang tetapi sekali-sekala anda boleh promosikan di wall sendiri. Facebook adalah untuk bersosial! Ingat tu.
Mungkin ada case-study yang berjaya buat duit melalui pemasaran PERCUMA Facebook?
Baiklah, saya tiada fakta yang tepat tetapi anda boleh belajar dan ikut teknik-teknik orang yang berjaya. Mungkin anda boleh belajar cara mereka:

(Beliau menggunakan teknik soft-selling dan lihatlah hasilnya!)
1)
Sidry Sinar Inspirasi – Ketika saya berjumpa dengan dia pada bulan lepas, beliau berjaya buat 5 angka sebulan melalui Facebook. Beliau adalah seorang usahawan yang menjual barang secara borong, jadi melalui menjadikan Facebook sebagai satu medium pemasaran untuk mencari agen baru untuk produk-produk beliau. Saya juga memesan wallpaper untuk Flarebiz Training Center dengan dia melalui Facebook Oh! Anda cuba tengok bagaimana beliau melakukan pemasaran secara soft-selling melalui Facebook. Lihat, kaji dan praktik!

(Beliau sentiasa berkongsi sesuatu yang berinformasi!)
2) Mohd Zulfadli (SmartZul) – Seorang usahawan internet tempatan yang tidak asing lagi. Sering melontarkan idea-idea yang menarik dan menghasilkan produk yang berkualiti. Saya lihat, beliau juga melakukan soft selling melalui Facebook dimana sentiasa menekankan konsep ‘give’ terlebih dahulu. Saya sendiri sentiasa ternanti-nanti update status daripada beliau kerana setiap status beliau adalah informasi yang berguna! Saya pula sentiasa update dengan ayat-ayat jiwang oh! Lihat, kaji dan praktik!
Secara ringkas, itulah kehebatan Facebook dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kak Azzah kerana memperkenalkan saya kepada dunia Facebook. Dulu saya skeptik dengan sosial marketing tetapi nyata Facebook berbeza daripada Myspace ataupun Friendster. Jutawan-jutawan sendiri ramai yang menggunakan Facebook dan paling menarik sangat ramai golongan professional menggunakan Facebook. Secara tidak langsung, kita dapat belajar sesuatu daripada mereka.
Sekian.
p.s: Jom sertai Peraduan Ulasan Sistem Niagakit. Masih terbuka untuk semua blogger!

sbb tu wujudnya login facebook dpt rm100 !
ahli dah ramai, sng promote tujuan mereka. hoho
Jom FB.. Kena tahu bagaiman untuk manfaatkannya
Add saya di http://www.facebook.com/sipenglipurlara
Salam Motivasi /Berkenalan..
Satu information yang menarik tentang Facebook.. Memang tidak disangkal lagi medium pemasaran yang tepat, mudah tanpa mengeluarkan modal cume idea serta information yang kualiti.
Tq..
Gaya Hebat Disukai Ramai
Ye, facebook sekarang ni memang dah jadi “kegilaan yang sukar dimengertikan”. Saya pun baru belajar nak berfacebook..Majority student2 yang pernah saya ajar semua ada akaun “muka-buku”.masing2 lebih expert dari saya..pasni pakai edar notes kot facebook aje kot
Labanon, sepatutnya soalan ante tu adalah” Siapa yang tiada akaun Facebook angkat tangan”?.
Add ana juga dihttp://www.facebook.com/saharman.ariffin
Saya ada akaun facebook tapi masih kurang cekap macam mana nak manfaatkannya. Byk kena timba ilmu lagi…
“bukan jampi tetapi seni” – saya suka!
Facebook memang salah satu medium promosi internet yang hebat dimasa ini.
Selain bersosial dapat juga menggunakan FB utk pemasaran viral yang berkesan.
FB best!
Semua golongan mula guna Facebook, mmg dunia sekarang dilanda Facebookmania.
Drpd pemimpin tertinggi seperti pemimpin negara, Perdana Menteri, tokoh negara, usahawan internet, ahli poitik, artis dan lain-lain golongan lg yg sudah mula menggunakan facebook sebagai salah satu cara komunikasi terkini…
Wah menarik.. Belajar benda yang bagus.. Insyaallah, akan praktikkan..
Salam…semua
saya pun ada gak FB tapi kurang cekap lagi nak guna….
maklumlah veteran…he…
leh lah belajar kat sini…
Salah satu medium promosi yang terhangat tika ini
satu coretan ringkas dan padat tentang promosi melalui Facebook….so kalau nak jadi rakan saya leh add saya di
http://www.facebook.com/sabriahmad
setuju dgn adly. facebook adalah medium promosi secara halus
terima kasih labanon perkongsian informasi yg sgt berguna ini. aku mmg dah daftar fb cuma kurang aktif. setelah membaca artikel ini aku rasa sgt rugi kalau tak mempraktikkan apa yg labanon kongsikan ni..err..tak buat ebook panduan pemasaran melalui FB atau dengan tajuk “Facebookmania” macam istilah yg tercoret kat atas tu
thank you boss…mmg akan dipraktikkan…:))
Ramai usahawan telah bertumpu di FB menyebabkan ia sudah agak lari dari tujuan asal untuk bersosial tetapi telah dipenuhi dengan iklan untuk jadi kaya dan macam macam. Ramai yang nak bersosial tapi tak iklas…ads “ada makna tu”.
saya juga ingin utarakan soalan yg sama. saya dah lama gunakan facebook dan berjaya mengumpulkan seramai lebih 300 kawan2 lama, baru dan bekas2 pelajar saya. sejak seminggu dua ni saya memulakan perniagaan di fb… nampaknya mcm kurang sesuai dan saya rasa lbh elok jika kita asingkan akaun personal dgn akaun utk perniagaan, saya rasa lebih bnyk kelebihan utk akaun perniagaan krn kita blh add sesiapa saja yg kita tak kenal, dan terpulang pd mereka utk menerima atau tidak. jadi mrk tidak blh salahkan kita jika status updates mrk penuh dgn iklan kita… apa pendapat lebanon?
Gud info bro.. Kini kita semakin yakin menggunakan FB.. hehe
Hmm..nampaknya nak kena aktif balik FB nih…
Lama dah tak update
Info yang menarik walopun baru bermula fan page Rahsia Score A juga mendapat sambutan tak sangka plak ramai peminat…melaluinya juga kita boleh berinteraksi secara terus dengan fan page kita…best jugak ho ho
Terima kasih atas perkongsian..
FB memang best.
Hasil dari internet saya yang pertama adalah dari FB
“Kegagalan adalah makanan kepada kejayaan”
Zoelhilmi
http://notaperniagaan.blogspot.com
Terima kasih untuk artikel ini.
Sekarang ni, sudah mula ramai orang mahu buat ebook atau panduan mengenai FB. Termasuklah saya. Hehehe…
So far setakat ini, telah banyak hasil yang saya dapat melalui FB. Hasil itu adalah ‘intangible’ dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Yang pasti, bukan Login sekali dapat RM100.
wahhhh makin rancak dgn FB
hehe
yg pasti bukan infinity downline ye……
hehe
memang best klu dapat jadi im sepenuh masa.masa kita pun bebas
memang best klu jd full im.masa pun bebas
Terima kasih untuk artikel yang bermanfaat ini.
Betul tu, ramai yang masih kurang faham antara konsep “hard selling” dengan “softselling”…
nice sharing from otai…
satu fenomena yg perlu
digunakan sebaik mungkin
p/s:cikgu2 veteren kt skolah pun
dah mula membuka akaun “facebook”
Memang..budak semuda 6 thn da ada acc TB sendiri..Tapi itu pun mak dia yg bukdakan acc nya.
Add saya di Fb wanieda imran
Sms dapat duit: SINI
Saya setuju ngan Den. FB bukan lg social network stakat nak say hi atau tanya kabar. Tapi dah jadi medium iklan. Kdg2 kita bg info bisnes kat kwn, dia tak reply2.. bla tnya kabar plak, pjg tul jawapannya. Klau kes ni, mcmana plak??
memang boleh buat duit fb ni,isteri saya pun dah habis beratus
beli brg baby kat fb ni…
salam sume. dulu saya tak tahu ape itu facebook @ fb tapi bila dah tahu macam2 yang boleh kita iklankan dan kita boleh add seberapa ramai kawan dengan cepat.
harap facebook jangan disalahgunakan untuk perkara negatif..
betul… ana sgt2 setuju dgn akhi hanafi…
Setuju dengan Adly…
FB menjadikan perniagaan saya pergi lebih jauh, bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Gunakan ‘medium’ ini sebaik mungkin untuk mengembangkan perniagaan kita. Masa yang tepat untuk menjalankan perniagaan internet!
salam,blh emailkan cita lanjut pd saya nine_7799@yahoo.com.my mcam menarik je program ni….
dunia bisnes FB semakin rancak! Saya juga berjaya jana pendapatan secara tidak langsung menerusi FB..tak lama lagi akan buat jualan produk baru sebagai kajian! Thanks! info di atas membantu saya Labanon…
slm..Konsep viral FB mmg bagus..baruku tau rupa2nya, suamiku adalah kawan kepada suami kawan kepada kawanku…jom add kawan baru anda :http://facebook.com/tuanfadzilahtuansulaiman
wow. menariknye artikel kali nih.
jom kawan-kawan join fb melalui blog saya link text]1
wow, menariknya artikel kali nie… banyak benda-benda baru boleh dipelajari.
jom kawankwan join fb saya , http://ecarboots@blogspot.com
thanks, team flarebiz
my facebook
Sesuatu yang sudah lama di praktikkan cuma cara mungkin berbeza,
Terimakasih dan tahniah atas apa yang saudara berikan
add saya diFB link text
boleh terangkan lebih detail sikit pasal ” hard selling” dan “soft selling”…
berminat nak tahu..
memang saya juga menggunakan facebook sebagai medium untuk bersosial dan memperkenalkan produk digital.ia banyak membantu dari segi promosi disamping menambah kenalan
sebelum ni saya pun macam tu gak.. septikal sikit kat facebook ni. tapi saya mengaku biasanya saya selalu meng’update’ fb isteri saya sebab dia tak berapa pandai sangat fb ni. saya yang rajin explore bagi fb dia lagi cantik layoutnya dari orang lain. Tapi mungkin lepas ni saya akan buka satu akaun fb kot. Try tengok cuba test boleh ke jual dengan teknik soft-sell ni..
saya pun sedang praktikkan teknik ini untuk mempromosikan ebook Rahsia Vokal saya dan ini boleh dikatakan teknik yg sesuai dgn niche saya
ah-ah facebook ni mmg banyak kegunaannya….coz that media prima banyak guna
facebook ni untuk hot fm,tv3..bos2 pun dah guna facebook untuk berinteraksi dengan penonton setia mereka wpun mereka dah ada rangkaian TV yang kuat.
tapi sayang ramai yg guna untuk kutip marks bila poke kwan2..uhuk3…
ada gak just update i am single and available…tu jerrr……huhu
Tksh atas entry yg cukup menarik ini. Dulu sayapun menjauhkan diri dr FB. Takut maklum dah vateran. Tapi sejak tengok wife laju jer berFB dengan rakan2 maktab dia, saya pun jadi terikut sama. Kini menggunakan medium ini sepenuhnya untuk mendekati peserta bengkel. Add saya DeeJay Senja.
saya pun dah daftar FB, dah lama tapi masih tak sempat nak menggunakannya. Nampaknya saya kena cari balik username dan passwordnya lah…he ..he
Ramai yang dah membuat duit di FB nie. Saya pun dah daftar menyertai dan mendaftar. Tapi bukanlah semata-mata melalui FB. Kena lah join rangkaian yang lain. Kalo minat boleh klik lalu web kiter.
Salam Team Flarebiz,
Perkongsian yang menarik. TQ.Saya pun sekarang sedang giat menambah rakan.Mempunyai rakan dari serata tempat sangat menarik untuk bertukar-tukar pandangan & pendapat.Rakan dari segala peringkat umur & profesion.Yang penting dapat menimba ilmu dalam bidang biz online yang hebat hanya dari keselesaan rumah.Boleh add saya kat FB.Biar kita ramai kawan jangan ramai musuh noo…
http://www.facebook.com/AWahabYunus
Facebook sekarang dah jadi macam medium rasmi
[...] Sebagai contoh, kami sekarang sedang membina website seorang jutawan pasar malam iaitu saudara Sidry Sinar Inspirasi dan kami sudah boleh belajar banyak perkara daripada beliau. Ilmu yang kami perolehi adalah [...]