Bagaimana Pemasaran Melalui Facebook?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Industri pemasaran internet sentiasa berkembang pesat dan kita sebagai usahawan internet perlu sentiasa ‘alert’ dengan medium-medium pemasaran baru, terutamanya sosial networking seperti Facebook, Myspace, Twitter dan banyak lagi. Namun, pada entri kali ini saya akan bercerita mengenai satu pemasaran melalui medium sosial networking yang tidak asing lagi iaitu Facebook.
Saya sangat pasti sekarang semua orang mempunyai akaun Facebook masing-masing. Semalam ketika ceramah di UiTM Shah Alam, saya sempat bertanya kepada audience, “Siapa di sini yang mempunyai akaun Facebook, sila angkat tangan!“. Semua audience mengangkat tangan termasuk dengan lecturer-lecturer sekali.
Ini merupakan satu fenomena luar biasa Facebookmania apabila pertumbuhan pengguna Facebook sangat pantas dan mengikut statistik di internet, pengguna Facebook yang berdaftar kini lebih daripada 150 juta orang.
Itu merupakan satu fakta yang sangat menarik! Kita tidak perlu fikir kenapa Facebook boleh cepat berkembang tetapi kita fikir bagaimana kita sebagai usahawan internet hendak memanfaatkan peluang tersebut. Facebook cepat berkembang kerana sistem mereka berkonsep viral, dimana jika si A update status, maka si B sebagai kawan si A akan dapat membaca status tersebut dan apabila ada interaksi, si C yang hanya kawan kepada si B pun boleh melihat status si A. Konsep viral dan cepat berkambang!
Ia sangat bagus untuk pemasaran internet kerana ia seolah-olah menyerbarkan virus perniagaan kita dengan mudah dan cepat. Cuma kita sebagai usahawan internet perlu bijak mengkaji, apakah tujuan Facebook dicipta? Adakah ia dicipta khas sebagai medium promosi kita? Log in Facebook jer dah dapat RM100 oh!

(Teknik pre-launched, buat orang tertunggu-tunggu!)
Facebook dicipta untuk tujuan bersosial secara online. Maknanya, agak silap besar apabila kita join sahaja Facebook dan terus melakukan promosi terang-terangan atau istilahnya “hard selling”. Facebook sebenarnya lebih berkesan jika kita menggunakan konsep “soft selling” dimana kita menjual tetapi tak nampak sangat kita menjual.
Satu kelebihan mutlak ialah seseorang manusia lebih mudah untuk membeli dengan orang yang dikenali berbanding orang asing. Jadi, Facebook adalah satu mediaum yang sangat sesuai untuk kita memasarkan produk atau servis secara soft selling.
Bagaimana anda nak lakukan pemasaran melalui Facebook? Cuba ikut 3 langkah berikut:
Langkah 1: Anda perlu terus mengupdate status-status yang memberikan informasi ataupun sesuatu kepada rakan-rakan Facebook kita. Ingat, pemasaran sekarang tidak sama dengan pemasaran 20 tahun lepas dimana zaman sekarang pemasaran secara informasi lebih berkesan. Ingat teknik give, give and take? Sesuai untuk digunakan.
Langkah 2: Pemasaran Facebook secara FREE akan tidak bermakna apa-apa jika anda tidak mempunyai ramai kawan. Saya sendiri mula buat duit melalui Facebook setelah mempunyai ramai kawan. Kita bukan sekadar nak kawan yang ramai, tetapi nak ramai kawan yang berkualiti. Jadi, anda perlu sentiasa add kawan yang baru, bukan hanya bertindak untuk accept friend sahaja.
Langkah 3: Setelah anda melakukan langkah 1 dan 2 secara konsisten, barulah anda boleh melakukan pemasaran secara halus yakni bukan jampi tetapi seni ho ho ho! Anda juga perlu ingat, tidak perlu SPAM wall orang tetapi sekali-sekala anda boleh promosikan di wall sendiri. Facebook adalah untuk bersosial! Ingat tu.
Mungkin ada case-study yang berjaya buat duit melalui pemasaran PERCUMA Facebook?
Baiklah, saya tiada fakta yang tepat tetapi anda boleh belajar dan ikut teknik-teknik orang yang berjaya. Mungkin anda boleh belajar cara mereka:

(Beliau menggunakan teknik soft-selling dan lihatlah hasilnya!)
1)
Sidry Sinar Inspirasi – Ketika saya berjumpa dengan dia pada bulan lepas, beliau berjaya buat 5 angka sebulan melalui Facebook. Beliau adalah seorang usahawan yang menjual barang secara borong, jadi melalui menjadikan Facebook sebagai satu medium pemasaran untuk mencari agen baru untuk produk-produk beliau. Saya juga memesan wallpaper untuk Flarebiz Training Center dengan dia melalui Facebook Oh! Anda cuba tengok bagaimana beliau melakukan pemasaran secara soft-selling melalui Facebook. Lihat, kaji dan praktik!

(Beliau sentiasa berkongsi sesuatu yang berinformasi!)
2) Mohd Zulfadli (SmartZul) – Seorang usahawan internet tempatan yang tidak asing lagi. Sering melontarkan idea-idea yang menarik dan menghasilkan produk yang berkualiti. Saya lihat, beliau juga melakukan soft selling melalui Facebook dimana sentiasa menekankan konsep ‘give’ terlebih dahulu. Saya sendiri sentiasa ternanti-nanti update status daripada beliau kerana setiap status beliau adalah informasi yang berguna! Saya pula sentiasa update dengan ayat-ayat jiwang oh! Lihat, kaji dan praktik!
Secara ringkas, itulah kehebatan Facebook dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kak Azzah kerana memperkenalkan saya kepada dunia Facebook. Dulu saya skeptik dengan sosial marketing tetapi nyata Facebook berbeza daripada Myspace ataupun Friendster. Jutawan-jutawan sendiri ramai yang menggunakan Facebook dan paling menarik sangat ramai golongan professional menggunakan Facebook. Secara tidak langsung, kita dapat belajar sesuatu daripada mereka.
Sekian.
p.s: Jom sertai Peraduan Ulasan Sistem Niagakit. Masih terbuka untuk semua blogger!

salam..yup memang tak disangkal lg fb medium yang hebat untuk perniagaan..tapi jangan sampai nak spam je keje…sehari saya boleh dapat 10 msg promote yang sama dan ianya sangat memboringkan, nanti org just delete je sb dah bosan..hilanglah prospek kita, kena bg masa untuk prospek fikir, macam iklan yang saya slu bt kat sana..
info yang menarik..
boleh digunapakai ni..TQ
Terima kasih, info di atas sgt berguna.
facebook adalah medium bersosial..jgn melakukan spam..terjahan keras utk berniaga atau promosi menyebabkan pengguna fb lain akan bosan dan lari… kalau berterusan terjahan kerasnya…tidak mustahil anda akan di delete..lebih malangnya..akan di block…jadi..berpada2lah promote dlm fb..gunakan sotf promote bukan terjahan promote….
Ya betul juga tu. Namun, yang penting ketahui teknik sebenar bagaimana buat duit dengan facebook bukan main terjah aje. Tq