Anda Tahu Apa Itu RSS?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

rssshapes

RSS ataupun Really Simple Syndication??  Sememangnya ramai yang tahu apa maksud dan tahu cara bagaimana untuk menggunakannya. Tapi percaya atau tidak masih ramai yang belum tahu tentang sesuatu yang boleh dikatakan agak penting ini. Ini terbukti apabila saya secara sengaja telah bertanya kepada beberapa orang rakan blogger tentang perkara ini. Dan ternyata mereka sendiri sebenarnya masih tertanya-tanya apakah fungsi RSS ini bila sering kali melihat simbol RSS berada di setiap website dan blog. Sungguh  menghairankan bila seseorang blogger itu tidak tahu apa itu RSS, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.

Baik, selain Really Simple Syndication, RSS juga adalah singkatan bagi Rich Site Summary. Kedua-duanya membawa maksud dan fungsi  yang sama. Saya akan memberi contoh yang mudah untuk membantu anda memahami apa itu RSS, jadi kepada yang belum tahu sila baca dengan teliti okay..

RSS sebenarnya berfungsi sebagai pemudah cara untuk anda mengetahui sesuatu update yang berlaku dalam sesebuah website ataupun blog. Sebagai contoh, anda suka membaca artikel-artikel yang terdapat di blog MajalahIM ini, anda pun telah jatuh cinta dan berikrar untuk sentiasa membaca artikel terbaru di sini tanpa terlewat! Bagaimana anda nak memastikan ianya berlaku? Adakah anda akan melawat ke blog ini setiap hari untuk melihat kalau-kalau ada update terbaru?  Dan bagaimana pula jika anda menyukai sepuluh lagi blog yang lain? Tentunya anda akan membuat perkara yang sama bukan. Tidakkah aktiviti itu menyusahkan anda? Bagaimana pula jika blog yang anda suka tidak melakukan update dalam jangka masa yang lama? Tentu anda akan berasa kecewa. Baik, disinilah RSS memainkan peranan.

Dengan menggunakan RSS anda tidak perlu lagi masuk ke setiap blog kegemaran anda untuk menyemak kalau-kalau ada update yang terbaru. Dengan melanggan RSS di setiap blog kegemaran anda, anda akan diberitahu secara automatik sekiranya ada update yang berlaku. Ini amat memudahkan anda kerana ia sangat menjimatkan masa di samping anda tidak terlepas update terbaru yang berlaku di blog kegemaran anda.

Bagaimana cara untuk melanggan RSS? Sebenarnya terdapat banyak cara untuk anda melanggan, di sini saya akan kongsikan dua cara atau kaedah yang mudah.

Kaedah yang pertama adalah dengan menggunakan email.  Kaedah ini tidak memerlukan anda masuk ke blog untuk melihat update terbaru, anda boleh melihat atau membaca update terbaru terus melalui  email anda. Caranya adalah dengan memasukkan email anda ke ruang yang telah disediakan seperti yang ditunjukkan di bawah:

emailrss

Masukkan email anda dan tekan butang subscribe, kemudian satu popup window akan muncul dan anda hanya perlu memasukkan abjad yang diminta dan tekan butang Complete Subscription Request. Setelah itu anda hanya perlu verifykan email yang dihantar oleh feedburner dan selesai, anda akan menerima update terbaru dari blog kegemaran anda secara automatik ke email anda.

feedburner

Kaedah yang kedua pula ialah dengan menggunakan Mozilla Firefox ataupun Internet Explorer. Contohnya jika anda ingin melanggan artikel dari blog MajalahIM ini, anda hanya perlu klik pada ikon RSS yang berada di sebelah kanan URL di bahagian address bar di atas.

1

Selepas klik pada ikon tersebut anda akan dibawa kepada Web Based RSS Reader yang anda miliki sama ada dari Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

Okay, saya harap penerangan yang ringkas ini dapat membantu anda memahami maksud dan fungsi RSS. Kepada yang baru tahu, gunakanlah kemudahan RSS ini, anda tidak perlu membuang banyak masa masuk ke setiap blog kegemaran anda untuk melihat update terbaru di sana. Kepada yang sudah tahu, jom kongsikan apa lagi kelebihan RSS yang boleh kita manfaatkan bersama. Tinggalkan pandangan anda di bahagian komen yer..hehe..

Sekian untuk tips kali ini..

{ 32 Komen }

Anda mungkin juga berminat untuk membaca artikel-artikel berikut :

Mengenai Penulis : miLsUm

Hai, selamat datang ke MajalahIM.com.. Saya Mohd Muslim a.k.a miLsUm merupakan salah seorang krew Majalah IM. Buat masa sekarang saya masih seorang pelajar dan menjalankan perniagaan internet secara separuh masa. Saya mempunyai pengalaman beberapa tahun dalam bidang ini dan bersedia untuk memberikan pertolongan dan tunjuk ajar kepada para pembaca sekadar yang termampu. Selamat Datang!

32 Responses to “Anda Tahu Apa Itu RSS?”

  1. Hairul says:

    RSS: Ringkas, Senang & Simple. =) RSS memang memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Milsum, kenapa RSS MajalahIM ni separuh je. Bos tak kasi bagi full RSS feed ke?

  2. ejam says:

    banyak gunanya rss nie, bagus info nie…thx

  3. Labanon says:

    Terbaik dari ladang artikel ni :) Ramai orang silap faham mengenai RSS tuh.. tq bos!

  4. Nikuve says:

    Langgan RSS guna Google Reader bagus, boleh mengetahui Update daripada blog dengan pantas!

  5. rahmanbasri says:

    Bagus info ni.. Ramai lagi orang tak tau fungsi RSS kalo ade kat dalam blog / website..

    jadi org tak amik kisah sgt pasal RSS ini. Dengan info ini, harap dapat membuka minda masyarakat tentang RSS ni..

    Thanks MAjalah IM atas info bermanfaat ini..

  6. abdfatah says:

    rss nih memudahkan kita untuk membaca entry blog dengan mudah terus ke emel. lebih2 lagi kalo guna google readers. Mantap beb…

  7. Eruwan Gerry says:

    Hello bro,

    terima kasih di atas penerangan yang baik ini.

    semoga dapat kongsikan lebih banyak ilmu lagi selepas ini.

  8. yea.betul aku sangat suka pakai rss nie sbb x payah dah nak bookmarks banyak2 page yang kita suka…terus saja sampai dlm email… :)

  9. rohaizad says:

    Bagus Milsum penerangan mudah mengenai subscribe RSS ini. Ianya amat membantu.

    Dan mungkin artikel ini dapat menjelaskan lagi kebaikan dan kelebihan subscribe melalui EMAIL:

    http://www.rohaizad.com/2009/06/09/keburukan-subscribe-email-newsletter-orang-lain-tanpa-perancangan/

    Kalau ada yang kurang jelas mengenai FEEDBURNER EMAIL subscription, harap artikel ini dapat membantu:

    http://www.rohaizad.com/2009/06/17/feedburner-tips-bagaimana-untuk-setting-waktu-serahan-artikel/

    Happy blogging !

  10. Fazli says:

    saya baru je berjaya buat utk cara pertama di blog saya iaitu minta pelawat memasukkan email. tapi saya tgk ramai blogger yang tak buat cara ni. cara ini lebih ringkas dari autoresponder. ianya percuma dan tidak perlu dibayar. konsepnya sama setiap kali kita post artikel, artikel tersebut akan sampai ke email setiap orang yang melanggannya.

    • milsum says:

      Hmm…tahniah sbb dh psang widget feedburner tu, mmg bagus..
      tapi sy rsa fazli ptut dan kena cuba autoresponder…
      kerana bak kata hairul, realiti mereka jauh berbeza!
      hehehe…

  11. kr says:

    thank for sharing this info..bru tahu..

  12. Ahmad Hanis says:

    memang menyenangkan kalau guna RSS ni.. kerja lebih tersusun dan kemas

  13. AJ says:

    RSS sangat penting beb. Lagi ramai yang langgan RSS lagi ramailah bakal trafik yang akan datang apabila terbitnya satu2x post artikel dari laman. Boleh juga diguna untuk buat Viral Marketing. Yang bestnya kalau dapat gabungkan web jualan bercirikan minsite dengan RSS. Akan hampir menyamai SEO friendly Wordpress & mungkin lebih baik. Serius.

    RSS juga hampir mirip macam melanggan Newsletter terus ke E-mel & ia lebih tidak bersifat memaksa. cost pun xda, so gunakan RSS untuk viral marketing juga satu teknik pemasaran secara online yang mesti diaplikasi. :-)

  14. x-po says:

    sy dh tau psl rss ni dh lme cuma mslhnya skrg sy xtau bgaimana nk wat rss ni utk nk bg org langgan rss sy

    • Nikuve says:

      Boleh menggunakan feedburner.google.com. Jika sudah membuat akaun, boleh submit url blog.

      Cthnya: domain.com/feed (Default) url wordpress RSS Feed.

  15. baloot says:

    syabas saudara muslim.. satu penerangan yang bagus. kawe dah link kat blog comment kawe ke post demo ni. :) sebab kawe ada cerita pasal feedburner. hee..

  16. Adney says:

    Saye suke menggunakan Gogle Reader.. ia cool dan ringan ;)

  17. sah90 says:

    Macam tu rupanya..
    Tq for sharing..Bagus tul..:)

  18. fazlin says:

    hahaha. sy slh seorang yg xtau fungsi Rss pada mulanye…(-_-”) Thanks 4 the info!!

  19. Niel says:

    I like this article..keep it up bro.;-)
    If u hv time,juz visit my blog..
    Tq:-)

Leave a Reply

logo flarebiz

Hak Cipta Terpelihara © 2008-2009 FlareBiz Network (KT0236135-D)